Cerita Auto

Mercedes-Benz V-Class Night Edition Dengan Kit AMG

Mercedes-Benz telah memperkenalkan V-Class Night Edition, varian terakhir sebelum kedatangan versi facelift pada akhir tahun ini. Van mewah ini kini dibuka untuk tempahan di Jerman dengan harga bermula dari €55,260 (RM259,462).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti model Night Editon yang lain, V-Class ini tampil dengan perincian berwarna hitam seperti yang boleh dilihat pada cermin sisi dan jeriji radiator. Ia juga dilengkapi dengan kit AMG yang merangkumi apron hadapan dan belakang serta rim bersaiz 19 inci yang turut didatangkan dalam warna hitam.

Bahagian dalaman pula dihiasi dengan kulit nappa hitam pada tempat duduk, kemasan kulit pada papan pemuka, karpet dengan lencana ‘Edition’ serta bumbung berwarna hitam. Antara kelengkapan yang ada termasuklah pakej Parking dengan kamera 360 darjah.

Walaupun mempunyai imej lebih sporty, V-Class Night Edition masih mengekalkan nadi kuasa standard iaitu enjin turbodiesel 2.1-liter yang menghasilkan 190 hp dan 440 Nm. Penggunaan bahan api adalah antara 6.8 hingga 7.5 liter setiap 100 km manakala pelepasan CO2 adalah dari 179 hingga 199 gram setiap km.

 

Previous post

Renault Captur Baharu Yang Dipasang Secara Tempatan Di Segambut, Malaysia Diperkenalkan

Next post

Kia Merancang Powertrain Diesel Hibrid-Ringan 48V. Bagaimana Ia Berfungsi?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>