Berita Auto

Nissan Serena S-Hybrid 2018 Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah melancarkan Nissan Serena 2.0L S-Hybrid baharu yang boleh didapati dalam dua gred iaitu Premium Highway Star dan Highway Star.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

MPV tujuh tempat duduk ini mengadaptasi bahasa rekaan global Nissan generasi baru yang lebih dinamik dan sporty dengan jeriji V-Motion, lampu utama LED dua lapisan dengan lampu signatur LED, reka bentuk bumbung terapung serta lampu belakang LED yang hadir bersama reka bentuk S.

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

Nissan Serena S-Hybrid

Penggunaan Dual Arm Tensioner (DAT) berfungsi melegakan sedikit tekanan ke atas ‘arm belt’ untuk mengurangkan kehilangan kuasa, mengurangkan geseran dan meningkatkan penjimatan bahan api.

32 All-New Serena_MR20DD Engine

Juga terdapat kelengkapan-kelengkapan yang bertujuan memberi lebih kemudahan seperti pintu gelongsor berkuasa dengan pengesan kaki pada sebelah kiri dan kanan, pintu belakang berkembar yang boleh dibuka dengan mudah walaupun di ruang parkir yang sempit dan tempat isian minyak tanpa penutup.

Nissan Serena S-Hybrid

Bahagian dalaman pula menampilkan paparan bersaiz 7 inci (ADAD) yang menyediakan pelbagai maklumat kenderaan, stereng ‘flat bottom’ yang dibalut kulit, kawalan jelajah, paparan audio Clarion bersaiz 6.75 inci pada bahagian kluster tengah, butang nyalaan enjin dengan Intelligent Key dan sistem kawalan suhu automatik dwi zon dengan panel kawalan digital serta saluran penyaman udara untuk semua baris tempat duduk.

?????????????????????????????????????

Selain itu, Serena S-Hybrid juga menampilkan barisan teknologi baharu Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi Intelligent Around View Monitor (I-AVM), Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) dan Intelligent Driver Alertness (I-DA). Ciri Apple CarPlay dan Android Auto turut ditawarkan.

?????????????????????????????????????

Ciri keselamatan pula terdiri daripada enam beg udara, Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS), Anti-Lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Hill Start Assist (HSA) dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX pada tempat duduk baris kedua.

03 ALL-NEW SERENA_PHS_COMBINATION LEATHER SEATS

Varian Highway Star didatangkan dalam satu warna baru, Cashmere Gold bersama tiga warna sedia ada iaitu hitam (Diamond Black), putih (Brilliant White) dan perak (Tungsten Silver). Manakala varian Premium Highway Star pula hadir dengan rekaan warna luaran dua tona seperti Imperial Umber (bumbung)/Cashmere Gold (badan), Diamond Black/Tungsten Silver dan Diamond Black/Brilliant White.

Nissan Serena S-Hybrid

Sebagai tambahan, varian Premium Highway Star menampilkan tempat duduk kulit berwarna Truffle Brown/Chestnut atau hitam sahaja, panel LCD bersaiz 10.1-inci yang dipasang pada bumbung, meja lipat, perakam video pemanduan (DVR), lampu bumbung LED, filem keselamatan V-KOOL 4Mil, rim aloi bersaiz 16 inci serta visor pintu.

10 ALL-NEW SERENA_PHS_IMPERIAL UMBER & CASHMERE GOLD

Nissan Serena S-Hybrid serba baharu ditawarkan pada harga RM147,500 untuk varian Premium Highway Star dan RM135,500 bagi Highway Star (harga di atas jalan tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia), dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Nissan Serena S-Hybrid

Promosi servis penyelenggaraan tiga tahun/60,000 km turut ditawarkan sebagai sebahagian daripada kempen pelancaran ini. Bukan itu sahaja, 500 unit pertama yang didaftarkan bakal menerima kotak penyejuk mudah alih Terzo oleh PIAA (bernilai RM500) secara percuma.

 

Previous post

Mercedes-AMG GT S Roadster Baharu

Next post

Anugerah VOTY (Vehicle Of The Year) 2018 Anjuran DSF.my Dan Allianz General Insurance

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *