Cerita Auto

Perodua Kembalikan GST Secara Tunai Hingga 31 Mei 2018

Perodua telah mengumumkan bahawa ia akan memulangkan semula cukai GST secara tunai kepada pelanggan mereka yang membeli kenderaan Perodua baharu, menghantar kenderaan ke pusat servis atau membeli alat ganti bermula 18 Mei hingga 31 Mei 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Inisiatif rebat GST ini mewakili komitmen kami kepada pelanggan untuk sentiasa meletakkan mereka terlebih dahulu dalam semua yang kami lakukan. Sila lawati mana-mana 179 cawangan jualan rasmi di seluruh negara untuk mengetahui lebih lanjut,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

“Bagi pelanggan kami yang telah melakukan transaksi di mana-mana pusat servis kami pada hari ini (18 Mei 2018), kami akan membayar balik  dalam bentuk e-baucer yang sah untuk digunakan bermula 1 Jun 2018,” kata beliau lagi.

Jumlah rebat GST adalah berdasarkan harga jualan bersih kenderaan tanpa aksesori GearUp, insurans dan perbelanjaan jualan lain.

Berikut adalah senarai rebat GST yang ditawarkan oleh Perodua:

Perodua price list gst

Perodua price list gst 2

Previous post

GST: UMW Toyota Motor Umum Perubahan Harga Bagi Toyota dan Lexus

Next post

Honda Malaysia Menyerap GST Untuk Model Terpilih Sehingga Jun 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>