Bisnes

PROTON Laksanakan GST pada Kadar Sifar Bagi Jualan Dan Perkhidmatan Mereka

Pengumuman kerajaan baharu Malaysia telah dibuat pada 16 Mei yang menetapkan GST pada kadar sifar, satu langkah yang akan berkuat kuasa bermula 1 Jun 2018. Sebagai langkah persediaan, PROTON telah memutuskan untuk menawarkan skim harga sementara bagi memastikan pelanggannya mendapat faedah daripada perubahan dasar tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pindaan kadar sifar serta merta

Berkuat kuasa serta merta, semua kereta Proton yang dijual dan didaftarkan dari 16 Mei hingga 31 Mei 2018 akan diberi baucar perkhidmatan yang bersamaan dengan nilai perbezaan antara harga kereta semasa dan baharu selepas kadar sifar GST berkuatkuasa. Di samping itu, Khidmat Pelanggan PROTON turut menawarkan diskaun 6% bagi servis berkala (kos pekerja dan pertukaran alat-alat ganti yang terjadual sahaja) kepada semua pemllik yang membawa kereta mereka untuk diservis di pusat servis yang diiktiraf. Inisiatif ini akan bermula pada 19 Mei sehinggan 31 Mei 2018 dan pelanggan yang menghantar kereta mereka untuk diservis dari 16 – 18 Mei 2018, akan diberi diskaun 6% yang boleh digunakan pada servis akan datang (tertakluk kepada resit servis terdahulu).

Ansuran sifar. Kadar faedah sifar

Tawaran yang diberikan ini adalah pertambahan kepada tawaran sedia ada iaitu promosi Kosong-kosong di mana pelanggan yang membeli Proton Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian) yang membuat pinjaman selama 9 tahun bersama Hong Leong Bank akan layak mendapat pembiayaan tanpa faedah untuk tahun pertama. Manakala pelanggan yang memilih Proton Saga atau Proton Persona dan membuat pembiayaan pembelian selama 7 tahun dengan PROTON Commerce layak menikmati ansuran 3 bulan percuma atas pinjaman mereka, tertakluk kepada terma dan syarat.

“PROTON menyokong usaha kerajaan Malaysia yang baharu untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Walaupun GST berkadar sifar hanya berkuatkuasa pada 1 Jun, kami telah memutuskan untuk memberikan ganjaran kepada pelanggan sebagai tanda terima kasih di atas sokongan mereka dan bersempena dengan bulan Ramadhan,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON.

PROTON NEW LOGO

Previous post

Kia Merancang Powertrain Diesel Hibrid-Ringan 48V. Bagaimana Ia Berfungsi?

Next post

BMW Group Malaysia Memperkenalkan Jentera Terbaharu BMW M5

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>