Cerita Auto

Proton Tawar Opsyen Rebat Tunai

Dalam menyahut kenyataan kerajaan mengenai kadar sifar GST pada 1 Jun 2018, Proton turut mengumumkan pada 17 Mei bahawa ia akan menawarkan kepada pelanggannya baucar perkhidmatan yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga sebelum dan selepas GST bagi semua pembelian keretanya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Hari ini, Proton meningkatkan lagi penawaran dengan memberikan pilihan antara baucar perkhidmatan atau rebat tunai dengan nilai yang sama. Tawaran ini boleh digunapakai untuk semua kereta Proton yang dibeli dan didaftarkan dari 16 Mei hingga 31 Mei 2018 dan pertambahan bagi promosi jualan yang lain.

“Semalam, Proton mengumumkan satu inisiatif yang menawarkan faedah kepada pembeli kereta Malaysia untuk membayar pada harga kadar sifar GST sebelum ianya berkuatkuasa. Hari ini, Syarikat memberikan pelanggan pilihan untuk mereka menerima faedah ini, sama ada dalam bentuk baucar perkhidmatan atau rebat tunai. Tidak ada sebab untuk menunggu hingga 1 Jun 2018 untuk membeli Proton baharu kerana kami telah memberikan penjimatan yang lebih awal,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan & Pemasaran Proton.

Previous post

Harga Baru Kereta Volkswagen Dengan GST Sifar

Next post

GST: UMW Toyota Motor Umum Perubahan Harga Bagi Toyota dan Lexus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>