Berita Auto

TC Subaru Umum Skim Perlindungan Harga Sehingga 18 Ogos 2018

Memandangkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan digantikan semula dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), TC Subaru Sdn Bhd telah mengumumkan Skim Perlindungan Harga bagi tujuan memberikan jaminan kepada semua pelanggan terhadap pergerakan harga semua tempahan kenderaan Subaru.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sehubungan dengan itu, harga tempahan bagi model baharu dan kenderaan yang tidak didaftarkan (unregistered) akan dilindungi dari sekarang hingga 18 Ogos 2018. Sekiranya harga menigkat sebelum pendaftaran mana-mana kenderaan yang ditempah disebabkan oleh perubahan dalam sistem cukai, TC Subaru akan mengenakan harga asal yang lebih rendah. Sekiranya harga menurun, pelanggan akan menerima baucar servis yang sama dengan nilai kepada perbezaan harga (terhad sehingga RM3,000).

Sebagai contoh, sekiranya harga kenderaan menurun sebanyak RM1,000 selepas perubahan dalam cukai, ia akan ditukarkan menjadi baucer servis bernilai RM1,000. Untuk tempahan yang tidak berdaftar, sekiranya harga jatuh semasa pendaftaran, harga tempahan akan diselaraskan dengan sewajarnya. Ini bermakna jika harga tempahan adalah RM100,000 dan harga semasa pendaftaran ialah RM99,000, harga yang lebih rendah iaitu RM99,000 akan dikenakan.

 

Previous post

Pasca PRU14 ... Adakah Harga Kereta Akan Turun?

Next post

Ferrari Portofino Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *