Berita Auto

Tiada Pilihan Enjin Diesel Bagi Volvo S60

Volvo S60 baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan menjadi kereta Volvo pertama tanpa pilihan enjin diesel. Langkah ini selari dengan strategi elektrifikasi jenama itu yang diumumkan pada Julai tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Masa depan kami adalah elektrik dan kami tidak lagi akan menghasilkan enjin diesel generasi baru, “kata Håkan Samuelsson, presiden dan ketua eksekutif Volvo Cars.

Samuelsson sebelum ini mengesahkan bahawa setiap model Volvo yang dikeluarkan bermula tahun 2019 akan menggunakan pacuan elektrik, sama ada dalam bentuk mild-hybrid, plug-in hybrid atau elektrik sepenuhnya.

Seperti model V60 yang diperkenalkan awal tahun ini, S60 sedan dibina di atas platform Scalable Product Architecture (SPA). Ia akan ditawarkan dengan empat pilihan enjin petrol Drive-E dan dua versi plug-in hybrid petrol, diikuti dengan versi mild-hybrid pada tahun berikutnya.

Pengeluaran S60 akan bermula pada hujung tahun ini di kilang baharu Volvo yang terletak di Charleston, South Carolina. Ia merupakan satu-satunya lokasi di mana S60 dihasilkan.

 

Previous post

Mercedes-Benz X-Class Talaan Brabus

Next post

Kerajaan Baharu Malaysia Mengurangkan GST Dari 6% hingga 0% Mulai 1 Jun 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *