Cerita Auto

Volkswagen Golf GTI TCR Diperkenalkan di Wörthersee

Seperti yang dijanjikan, Volkswagen telah memperkenalkan Golf GTI TCR Concept di perhimpunan besar-besaran Golf GTI di Wörthersee, Austria. Walaupun masih dikategorikan sebagai kereta konsep, model yang diinspirasikan oleh jentera lumba TCR ini hampir sedia untuk memasuki fasa produksi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dari segi visual, Golf GTI TCR menampilkan reka bentuk bampar hadapan baru dengan splitter dan lubang yang direka untuk mengalirkan udara ke radiator. Ia dipadankan dengan skirt sisi dan diffuser belakang yang menempatkan dua muncung ekzos. Juga terdapat tulisan ‘TCR’ berwarna hitam di atas skirt sisi dan trim sarang lebah pada pintu belakang.

2018-vw-golf-gti-tcr-concept (4)

Model ini didatangkan standard dengan rim aluminium aloi Belvedere bersaiz 18 inci namun pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan rim aloi 19 inci yang ditawarkan secara pilihan.

2018-vw-golf-gti-tcr-concept (2)

Bahagian dalaman pula menampilkan tempat duduk sport yang dibalut fabrik dan microfiber, serta jahitan merah pada stereng dan tombol gear. Apabila pintu dibuka, sill pintu akan menyala dan logo TCR akan dipancarkan ke tanah.

2018-vw-golf-gti-tcr-concept (3)

Jantung 2.0-liter turbo yang digunakan menjana 286 hp dan 370 Nm dari 1,600 rpm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear DSG tujuh kelajuan dan limited-slip differential. Kelajuan maksimum yang ditetapkan oleh kilang adalah 250 km/j tetapi ia boleh dinaikkan sehingga 264 km/j dengan membuang pengehad elektronik.

2018-vw-golf-gti-tcr-concept (1)

Selain itu, mereka yang inginkan lebih prestasi boleh mendapatkan peredam adaptif DCC yang mempunyai tiga mod iaitu Sport, Comfort dan Normal.

 

Previous post

Honda EX5 Kini Dengan Pilihan Warna Baharu

Next post

Go Auto Membuka Pusat Niaga Haval Baharu di Skudai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>