Berita Auto

Anthony Loke Cadang Tubuh Jawatankuasa Pantau Laporan Kemalangan Bas Ekspres

Kementerian Pengangkutan mencadangkan sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan laporan penilaian tragedi kemalangan bas Genting Highlands pada Ogos 2013, bagi mengatasi isu kemalangan membabitkan bas ekspres.

Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet Rabu ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Katanya terdapat 51 cadangan dimuat dalam laporan itu hasil kajian terhadap tragedi kemalangan bas yang meragut 37 nyawa itu, bertujuan menambah baik sistem bas ekspres negara.

“Saya sudah minta ketua setiausaha kementerian untuk melihat semula laporan itu dan kita nak pantau betul-betul sejauh mana kesemua cadangan itu telah dilaksanakan dalam beberapa tahun ini.”

“Kita tidak perlu apa-apa kajian lagi kerana pelbagai kajian telah dibuat, sekarang ialah masa untuk pelaksanaan (kajian terdahulu),” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Loke berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai beberapa kemalangan jalan raya yang berlaku semalam, termasuk tragedi melibatkan sebuah bas ekspres di kilometer 142.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Pagoh, Johor yang meragut tiga nyawa.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) telah menjalankan penilaian terhadap kemalangan bas di Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2013 itu, yang menyebabkan 37 orang maut, menjadikannya tragedi kemalangan paling buruk pernah berlaku di negara ini.

Screen Shot 2018-06-05 at 1.24.42 PM
— BERNAMA

Previous post

JPJ Buka Bidaan Nombor Pendaftaran 'Malaysia' - Nombor Pendaftaran Kenderaan Peribadi Turut Dikaji

Next post

Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Lotus - Encik Feng Qingfeng

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *