Berita Auto

BHPetrol dan MKJR Anjur Kempen Keselamatan Jalan Raya

Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Boustead Petroleum Marketing (BHPetrol) telah menganjurkan rogram Car Care Week Jom Balik Kampung Raya di stesen BHPetrol Kg. Sg. Kayu Ara Petaling Jaya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Program yang berlangsung selama tiga hari itu diadakan di tiga stesen BHPetrol iaitu di Kg Sg Kayu Ara, Lebuhraya KL-Karak dan KL-Klang. Pengguna jalan raya yang singgah di stesen-stesen tersebut mendapat pemeriksaan 21 poin secara percuma dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

CCW@BHP3

Pemeriksaan tersebut mengambil masa 10 hingga 15 minit bagi setiap kenderaan dan merangkumi minyak enjin, minyak transmisi, brek, tayar, lampu dan sebagainya. Program ini tidak tertakluk kepada mana-mana jenama dan pemilik kenderaan akan dinasihatkan mengenai sebarang isu berkenaan kereta mereka selepas proses pemeriksaan selesai.

Bukan itu sahaja, mereka yang menyertai program ini juga menerima hadiah percuma yang disediakan oleh MKJR serta beg berisi makanan ringan dan minuman yang ditaja oleh pembekal BHPetrol.

09

“Menggalakkan pemanduan yang selamat terutamanya ketika musim perayaan telah menjadi keutamaan syarikat kami. Menerusi kempen ini, kami berharap pengguna jalan raya akan mengambil peluang untuk memastikan kereta mereka diperiksa di stesen-stesen terpilih sekaligus memastikan kereta mereka berada dalam keadaan terbaik untuk perjalan balik kampung,” kata Ir Azizul Azily Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Bekalan, Peruncitan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam BHPetrol.

CCW@BHP3

Sehingga April 2018, sejumlah 163,010 buah kenderaan telah mendapat manfaat daripada kempen Car Care Week sejak ia dimulakan pada tahun 2014.

 

Previous post

Perodua Edar 100 Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Percuma untuk Hari Raya

Next post

Pandu Uji: Honda Jazz Sport Hybrid

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *