Gaya Hidup

BHPetrol Raikan Anak Yatim Al-Nasuha

Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) baru–baru ini telah mengadakan jamuan berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha di Batu Caves, Kuala Lumpur.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seramai 85 orang anak yatim diraikan untuk berbuka puasa bersama-sama dengan pengusaha-pengusaha stesen minyak BHPetrol di Wilayah Tengah Kuala Lumpur dan kumpulan pekerja dari Jabatan Peruncitan BHPetrol. Pengurus Besar BHPetrol, Bahagian Pembekalan, Peruncitan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam, Ir Azizul Azily Ahmad turut hadir dan menyampaikan sumbangan berupa duit raya dan cenderahati.

Majlis ini adalah inisiatif murni gabungan pengusaha-pengusaha stesen minyak BHPetrol di Wilayah Tengah yang diketuai oleh Kol (B) Masuaod bin Shu, Presiden Persatuan Dealer BHPetrol dengan kerjasama pihak syarikat BHPetrol. Mereka telah bersepakat untuk berkongsi kegembiraan bukan sahaja dengan jamuan berbuka puasa malah turut menyalurkan sumbangan bantuan wang tunai untuk kegunaan pengurusan harian.

Inisiatif ini juga dijalankan bagi meneruskan kesinambungan program “Team Ownership Programme” di mana pihak BHPetrol menjalankan program sosial yang melibatkan pelanggan dan warga penduduk berdekatan kawasan stesen dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi penjenamaan BHPetrol.

Previous post

Volkswagen Golf R 3-Pintu Dibuka Untuk Tempahan

Next post

Daihatsu Malaysia Perkenal Harga Baharu dan Promosi Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *