Gaya Hidup

BMW Group Malaysia Terus Komited Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya

BMW Group Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan siri video ‘Safety Starts with You’ yang diarahkan oleh finalis BMW Shorties, Mallory Lee. Siri tersebut merupakan sebahagian daripada Program BMW Safety 360º yang dianjurkan setiap tahun.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan penampilan kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 9 tahun, siri ini diterbitkan untuk memberi peringatan kepada orang dewasa supaya lebih berhati-hati semasa memandu di atas jalan raya, terutamanya ketika perjalanan balik ke kampung sewaktu musim hari raya ini. Ia juga menarik perhatian penonton terhadap beberapa peraturan asas lalu lintas, etika dan amalan yang baik untuk memelihara keselamatan di atas jalan raya.

Siri ini mengandungi lima video yang setiap satunya berdurasi 30 saat yang menggalakkan penggunaan tali pinggang keselamatan dan tempat duduk kanak-kanak, isyarat membelok, serta pematuhan lampu isyarat, had laju dan penghindaran penggunaan telefon semasa memandu.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Melalui siri video ini, kami berharap ibu bapa dan individu dewasa secara umumnya boleh melihat bahawa sekiranya kanak-kanak dapat memahami peraturan jalan raya serta tingkah laku pemanduan yang baik, kita sebagai individu yang lebih dewasa boleh menilai semula tingkah laku kita yang boleh memberi kesan terhadap keselamatan jalan raya.”

 

Previous post

Volvo Perkenal Pakej Polestar Engineered Untuk S60, V60 dan XC60

Next post

Proton Sediakan Khidmat Mobile Assist 24/7 Sempena Hari Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>