Berita Auto

Pasukan Polis Jepun Terima Kereta Peronda Nissan GT-R

Mereka yang ingin melakukan jenayah di wilayah Tochigi di Jepun perlu fikir masak-masak kerana pasukan polis wilayah itu kini mempunyai sebuah kereta peronda Nissan GT-R.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut akaun Twitter Nissan Motor, jentera tersebut disumbangkan oleh seorang penduduk tempatan. Ia bukanlah satu kebetulan bahawa kilang pengeluaran GT-R juga terletak di Tochigi dan menyambut ulangtahunnya yang ke-50 pada tahun ini.

Jentera khas ini memakai warna rasmi kereta peronda polis Jepun iaitu hitam dan putih, serta dilengkapi dengan light bar serta siren. Ia dikuasakan oleh enjin 3.8-liter twin-turbo V6 yang menghasilkan 565 hp dan 632 Nm.

Menurut laporan, GT-R ini akan menyertai pasukan peronda lebuhraya dan akan digunakan untuk membanteras kesalahan trafik seperti memandu melebihi had laju dan mengekori kenderaan di depan terlalu rapat. Selain beraksi di jalan raya, ia juga akan digunakan untuk tujuan perhubungan awam dalam komuniti.

42760599852_3519476c79_o-source

 

 

 

Previous post

Pengerusi Audi Rupert Stadler Ditahan Kerana Dieselgate

Next post

BMW 8 Series Akhirnya Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *