Bisnes

Patutkah Sistem AP Sekarang Disusun Semula Agar Ianya Turut Mengisi Tabung Harapan?

Suasana negara sudah berubah. Kita kini ada harapan untuk masa depan yang maju, untuk semua, dengan kerajaan tulus Pakatan Harapan. Gerakan perubahan sudah bermula. Mereka dalam industri permotoran juga inginkan perubahan dalam pelbagai espek industri itu. Salah satu yang bagaikan duri dalam daging untuk ramai dan perlu disemak semula ialah sistem Permit Kelulusan atau Approved Permit (AP).

Kami tidaklah begitu arif tentang perkara ini. Pengetahuan kami banyak berdasarkan kepada apa yang kami dengar dan kami baca tentang bagaimana ia berfungsi dan bagaimana ia … disalahgunakan. Memandangkan angin perubahan melanda negara di bawah kerajaan baharu, pada pendapat kami, ini juga perlu perubahan.

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng baru saja mendedahkan hutang kerajaan berjumlah 1087.3 bilion ringgit. Itulah sebab utama kenapa kerajaan difahamkan sedang berusaha mengurangkan perbelanjaan di mana saja mereka boleh. Mereka juga mencari-cari cara baru dan mudah untuk mendapatkan hasil kewangan. Nah, ini satu idea: SILA susun semula sistem AP untuk mengimport kereta terpakai/pra-milik/kelabu atau grey market.

Sistem AP terbuka semasa mempunyai syarat-syarat berikut untuk pemegang:

  • Sebuah syarikat SDN BHD dengan 100% saham syarikat milik Bumiputera. Semua ahli lembaga pengarah dan jawatan penting juga mesti Bumiputera.
  • Syarikat mesti mempunyai  minimum dua tahun pengalaman dalam bidang penjualan dan pengedaran kereta (kereta, basikal atau kenderaan komersial), yang masih beroperasi.
  • Mempunyai akses ke ruang pejabat atau bilik pameran yang sesuai.
  • Mempunyai keupayaan mengendalikan keperluan kewangan perniagaan import, pengedaran dan penjualan kereta, dan modal minimum RM1 juta.

Syarat-syarat yang amat senang sekali  bagi raja-raja AP besar untuk kekal berkuasa dan masih ada pengimport mega yang dimiliki dan dikendalikan oleh bukan Bumiputera. Itu memanglah tidak salah cuma- ini menunjukkan ketidak berkesanannya peraturan-peraturan yang dikenakan.

Dan dengan 0% GST, tiada hasil import ini akan ke tabung kerajaan. Sekurang-kurangnya pengendali CKD membayar gaji beribu-ribu rakyat Malaysia dalam tenaga kerja mereka, dari pekerja kilang hinggalah ke eksekutif tertinggi.

Sekarang cuba bayangkan senario ini – daripada mengikut syarat di atas, alangkah baiknya jika kerajaan menukarkan syarat AP itu kepada sistem pembidaan seperti model COE yang digunakan oleh Singapura. Ini akan membolehkan kerajaan Malaysia memantau dengan lebih ketat lagi bagaimana kereta-kereta pasaran kelabu masuk ke pasaran (langkah pengusaha CKD akan alu-alukan). Langkah-langkah tambahan juga boleh diambil untuk mengehadkan jumlah AP yang boleh diakses entiti individu, yang akan pasti memecahkan monopoli yang sedia ada di pasaran kelabu sekarang. Sekiranya salah satu objektif sistem AP Terbuka adalah memberi pembeli lebih banyak pilihan, maka persaingan tentu akan lebih sihat tanpa monopoli.

Buat masa ini, aplikasi bagi AP perlu melalui ‘firma audit bebas’. Bagi kami, ini terlalu banyak syarat dan  terlalu sedikit ketelusan. Mengapa kita tidak mempunyai peraturan yang jelas dan yang tidak memerlukan penelitian tambahan setelah keperluan syarat-syarat dipenuhi?

Dengan membuka AP kepada khalayak yang lebih luas dan tawaran terbuka, dana yang diperoleh dapat disalurkan terus ke Tabung Harapan. Kita boleh mengambil kritikan terhadap sistem COE  sistem AP terbuka semasa dan menukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik yang berfungsi untuk membersihkan hutang negara kita. Jika tidak, kami akan terus menjadikan beberapa orang yang sudah kaya sekarang … lagi kaya.

Apa pendapat anda?

Previous post

Pandu Uji: Honda Jazz Sport Hybrid

Next post

Honda HR-V Dan CR-V Habis Dijual! ... Ya! Habis!

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>