Berita Auto

Program Volvo Car Leasing Diperkenalkan di Malaysia

Volvo Car Malaysia telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pajakan dengan MyMotor (MYEG Fintech) bagi memperkenalkan Volvo Car Leasing, sebuah program yang membolehkan pelanggan menikmati kenderaan Volvo tanpa perjanjian sewa beli.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis tandatangan tersebut diadakan di ibu pejabat Volvo Car Malaysia dan dihadiri oleh Lennart Stegland, pengarah urusan Volvo Car Malaysia dan Justin Cheah, ketua pegawai eksekutif MyMotor.

Program Volvo Car Leasing merupakan yang pertama seumpamanya oleh Volvo di rantau Asia Tenggara. Ia memberi pelanggan peluang untuk memandu sebuah Volvo tanpa perlu memikirkan tentang insurans, cukai jalan, kos penyelenggaraan dan jaminan.

Volvo XC60

Di samping itu, pada akhir perjanjian pajakan, pelanggan mempunyai pilihan sama ada untuk mendapatkan model baharu, membeli kereta tersebut pada harga pasaran atau dengan Future Guaranteed Value (FGV) atau memulangkan kereta tersebut kepada pengedar.

Perkhidmatan ini ditawarkan bagi semua model Volvo yang dijual di Malaysia menerusi pusat pengedar yang mengambil bahagian. Pelanggan boleh membawa pulang sebuah Volvo baharu dari serendah RM2,762 sebulan, termasuk pakej insurans, cukai jalan dan kos penyelenggaraan. Setiap kenderaan yang dipajak di bawah program ini didatangkan dengan Volvo Service Agreement Plus (VSA+).

Selain itu, bersempena dengan pelancaran program ini, semua model akan ditawarkan dengan kadar promosi sehingga 31 Ogos 2018. Turut ditawarkan adalah baucar petrol percuma bernilai RM300 bagi setiap tempahan yang dilakukan dalam tempoh promosi tersebut.

Klik untuk besarkan.

Klik untuk besarkan.

 

Previous post

Mercedes Akan Panggil Balik 774,000 Kenderaan Diesel

Next post

Perodua Edar 100 Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Percuma untuk Hari Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *