Gaya Hidup

Tan Chong Lancar Kempen ‘Nissan Nurtures Nature’

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan kempen eco anjurannya iaitu ‘Nissan Nurtures Nature’ sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menampilkan satu siri aktiviti mesra alam yang penuh interaksi, kempen tersebut bertujuan mengumpulkan para pelanggan dan ahli keluarga mereka, rakan niaga, organisasi-organisasi tidak berasaskan keuntungan serta kakitangan untuk sama-sama mencipta perubahan yang positif dan bermakna kepada alam sekitar dan komuniti.

Water Treatment at TCMA

Secara operasinya, Tan Chong Group mengamalkan amalan alam sekitar yang terbaik ke dalam proses pemasangan kenderaan dan bengkel-bengkel servisnya. Sebagai contoh, satu sistem panel solar telah dipasang di kilang pemasangannya di Serendah selain rawatan air, pengasingan sampah dan penanaman pokok.

Manakala kawalan pengurusan bahan buangan produksi yang ketat melalui kontraktor-kontraktor berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (DOE) yang mengitar semula minyak enjin kepada minyak pelincir untuk jentera berat juga diamalkan di kedua-dua kilang pemasangan Serendah dan bengkel TCEAS.

Solar Panels at Serendah Plant

Menerusi kempen ini, ETCM berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang meminimumkan impak alam sekitar dengan memupuk gaya hidup yang lestari. Nissan Nurtures Nature akan menyaksikan aktiviti-aktiviti bertumpu kepada falsafah alam sekitar 3R: Reduce (mengurangkan), Recycle (kitar semula) dan Reconnect (berhubung semula):

  • Reduce – Aktiviti menanam pokok-pokok herba menjadikan kediaman lebih hijau untuk mengurangkan karbon dioksida (CO2) dan menghasilkan lebih banyak oksigen (O2).
  • Recycle – Menukar bahan buangan menjadi sesuatu yang boleh digunakan; satu pameran menunjukkan penggunaan tayar terpakai boleh ditukar menjadi perabot yang menarik.
  • Reconnect – Menikmati keindahan semula jadi membolehkannya memberi ketenangan dan kesegaran serta tenaga kepada tubuh badan dan minda.

Satu siri Eco Talk oleh pihak aktivis eco seperti Guardian of Mother Earth, Ecoknights dan Poptani Asia akan mendidik pemilik serta pelanggan tentang kenapa dan bagaimana kita boleh memainkan peranan dalam menyumbang kembali kepada alam sekitar.

Tree Planting

Siri pertama Kempen Nissan Nurtures Nature akan diadakan pada 23 dan 24 Jun 2018 bersama Karnival Pandu Uji Nissan, secara eksklusif di ETCM Glenmarie, ETCM Bayan Lepas dan ETCM Batu Pahat.

Tarikh dan lokasi Nissan Nurtures Nature adalah seperti berikut:

Nissan Nurtures Nature

 

Previous post

Nabil Jefri Dan Pasukannya Mengakhiri 24 Jam Le Mans Dengan Cermelang

Next post

Aston Martin Perkenal Vantage GT3 dan GT4

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *