Aksesori / Produk / Alatan / Minyak

Tayar Hanya Untuk Peminat Manchester United? Memang Ada Dan Juga Sesuai Untuk Rims Anda

Tayar memang sudah lama sekali bulat, hitam dan … tanpa apa-apa ciri langsung selama beberapa dekad dah. Ya, anda boleh mendapat tayar putih retro sekali-sekala dan juga yang berstensil, tetapi untuk ramai, ada yang tidak banyak cara untuk peribadikan.

Kenapa tidak ada syarikat tayar yang melangkah ke hadapan untuk memenuhi niche ini?

Kini, nampaknya satu syarikat telah berusaha untuk menuju ke arah ini – khususnya dengan bekerjasama dengan Kelab Bola Sepak Manchester United. Tayar Apollo-Manchester United ini mempunyai penjenamaan yang halus tetapi mudah dilihat di sisi dinding tayar. Ia masih menjadi tayar serba hitam, tetapi anda boleh melihat lambang kelab dengan mudah dan kata-kata ‘MANCHESTER UNITED’ timbul.

Peminat-peminat liga kelab bola sepak ini akhirnya mempunyai saluran yang unik untuk menunjukkan betapa komited dan bersemangat mereka sebenarnya. Berminat? Berikut adalah senarai saiz tayar yang tersedia ada:

195 55 R15
195 65 R15

205 55 R16
215 55 R17
245 45 R18
265 65 R17

Dan sama seperti tayar kereta penumpang Apollo yang lain, ini datang dengan jaminan tanpa syarat 1 tahun yang meliputi kerosakan tayar yang tidak disengajakan atau retak impak di atas waranti 5 tahun standard.

Jika anda membeli empat tayar ini sebelum 15hb Jun 2018, anda akan menerima T-Shirt Edisi Terhad Manchester United secara percuma (sementara stok masih ada).

Layari https://www.facebook.com/apollotyresmalaysia untuk maklumat lanjut.

Previous post

Lego Perkenal Set Bugatti Chiron

Next post

Volvo Ocean Race Dipindahkan Kepada Pemilik Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *