Berita Auto

Tiada Cukai Jalan Kalau BELUM Tukar Beg Udara Takata Yang Bermasalah

Arahan Kementerian Pengangkutan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):  Pemilik kenderaan dengan beg udara jenis Takata yang bermasalah tidak boleh memperbaharui cukai jalan mereka selagi beg bermasalah itu belum di tukar. JPJ tidak akan membenarkan pemilik kenderaan terlibat memperbaharui cukai jalan sekiranya tidak mengemukakan surat pengesahan daripada Honda yang mereka telah menukar beg udara tersebut.

Video ehsan FMT:

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata arahan itu berkuat kuasa serta-merta selepas beliau melawat keluarga mangsa maut kemalangan di Taman Len Seng, Cheras, Pong Hou Tien, 23, Ahad lalu (27 Mei) dipercayai akibat kerosakan beg udara kenderaan Honda City yang dipandunya.

Tambah Loke, sudah 8 kes kemalangan jiwa membabitkan beg udara Takata berlaku di Malaysia setakat ini. Pemilik syarikat kereta lain yang menggunakan beg udara sama, digesa memberi data pemilik kenderaan yang belum menukar beg udara kepada JPJ.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kata beliau, “Dalam hal ini, saya tidak mahu menuding jari kepada pemilik syarikat kereta kerana mereka dari semasa ke semasa telah mengeluarkan surat peringatan kepada pemilik kenderaan untuk menukar beg udara. Ia bergantung kepada kesedaran pemilik kenderaan sendiri.”

Mengikut rekod Honda (Honda (M) Sdn Bhd), sebanyak 71,315 kereta syarikat keluaran 2003 hingga 2013 belum menukar beg udara jenis Takata yang bermasalah.” 

Honda Malaysia telah menguatkuasakan aktiviti pemberitahuannya tentang pengembalian (recall) beg udara depan Takata menerusi siaran akhbar, iklan, kemasukan dalam jerayawara, panggilan telefon dan SMS, serta mel terus, untuk memastikan para pelanggan dimaklumkan dan mendesak pelanggan terjejas untuk melakukan penggantian.

Sekali lagi, pemilik kenderaan boleh menyemak status penarikan balik produk kenderaan mereka di www.productrecall.honda.com.my atau www.honda.com.my atau hubungi nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau lawati mana-mana peniaga sah Honda.

Previous post

6 Cadangan Aktiviti Yang Anda Boleh Lakukan Sambil Menunggu Trafik Reda Ramadhan Ini

Next post

NISMO Akan Melancarkan GT-R NISMO GT3 2018

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *