Berita Auto

UMW Toyota Motor Sokong Usaha Kerajaan Malaysia Tangani Isu Beg Udara Takata

Pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan sokongannya terhadap kesungguhan kerajaan dalam mengendalikan isu penggantian beg udara Takata.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya tidak membenarkan pembaharuan cukai jalan bagi kenderaan yang masih belum menggantikan modul beg udara yang terjejas.

Penggantian inflator beg udara Takata adalah penting kerana degradasi propelan dalam modul tersebut boleh menyebabkan beg udara pecah ketika mengembung. Ini boleh mengakibatkan kepingan logam tajam tersembur ke arah pemandu dan penumpang, seterusnya menyebabkan kecederaan serius atau kematian.

UMWT melaporkan bahawa kadar penukaran inflator telah mencecah 91% bagi kenderaan Lexus berusia kurang tiga tahun dan 53% bagi kenderaan Toyota berusia kurang enam tahun. Pemilik kenderaan Toyota (2001-2014) dan Lexus (2007-2016) yang masih belum menukar inflator beg udara yang bermasalah digesa untuk berbuat demikian secepat mungkin.

UMWT juga memberi jaminan kepada pelanggan bahawa segala usaha telah dijalankan untuk meminta pemilik membawa kenderaan mereka ke pusat servis yang sah untuk penukaran inflator beg udara Takata secara percuma.

Pemilik kenderaan Toyota boleh memeriksa status kenderaan mereka menerusi pemeriksa nombor pengenalan kenderaan (VIN) di laman web toyota.com.my. Selain itu, pelanggan juga boleh menghubungi talian 1800-8-869682.

 

Previous post

BMW Z4 Jalani Ujian di Perancis

Next post

JPJ Buka Bidaan Nombor Pendaftaran 'Malaysia' - Nombor Pendaftaran Kenderaan Peribadi Turut Dikaji

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *