Gaya Hidup

Pengilang Smartphone Korea Selatan Melangkah Masuk Ke Dalam Kereta

Pembuat kamera telefon pintar Korea Selatan cuba menembusi pasaran teknologi kamera kenderaan yang melonjak kerana kesan pertumbuhan jualan global telefon bimbit yang perlahan. Kereta kereta mewah boleh mengunakan sehingga 8 kamera untuk bantuan pakir kereta dan menggenakan brek kecemasan. Jumlahnya boleh mencapai sehingga12 kamera nanti apabila kamera menggantikan cermin tepi, menurut Mcnex Co, pembekal kamera telefon Samsung Electronics Co dan pembuat kamera kereta Korea terbesar.

Apabila teknologi ini sampai ke kereta kereta kelas pertengahan dan rendah nanti, pasaran untuk kamera kenderaan boleh berganda sehingga7 kali dari 2011 ke hampir USD6.6 bilion pada 2018, Penyelidikan Techno Systems berkata. Jumlahnya hanya boleh naik dengan undang-undang Amerika Syarikat mewajibkan kamera belakang pada 2018 untuk menghalang pemandu daripada menlanggar pejalan kaki. Juga menambah permintaan adalah penyebaran kenderaan paduan sendiri sarat kamera yang sedang dibangunkan oleh Google Inc dan lain-lain.

“Kami menjangkakan pasaran kamera kereta akan mengalami pertumbuhan yang meletup,” Lee Hyo-Cheol, seorang jurutera penyelidikan utama di pembuat bahagian auto Korea, Hyundai Mobis Co, memberitahu Reuters.

smartphone-cars1_-600x400

Tetapi kamera kamera ini perlu lebih kuat untuk kegunaan kereta berbanding kegunaan telefon. Ia seharusnya dapat bertahan ujian ujian termasuk ujian penenggelaman dalam air berhari hari dan 1,000 jam peralihan suhu dalam beberapa saat antara darjah – 40 dan + 85 darjah Celsius.

“Kamera Kenderaan adalah sama sekali berbeza dari kamera mudah alih dari segi spesifikasi,” kata Lee. Pembuat kamera telefon terpaksa menghadapi keluk pembelajaran yang curam, katanya.

Menurut Mcnex, kamera untuk kereta berharga sekitar USD32 setiap satu berbanding USD4 untuk telefon, 19% daripada hasil tahun lepas berbanding 2% pada tahun 2007. Walau bagaimanapun harga boleh menurun kerana pertumbuhan permintaan. 83 juta kamera kereta mungkin dijual pada tahun 2020, 5 kali lebih daripada pada tahun 2012 dibandingkan dengan permintaan  telefon pintar yang secara amnya menawarkan 2 kamera, mungkin akan berkembang 6% pada 2018 daripada 39% pada tahun lalu, menurut penyelidik IDC.

smartphone-cars3_-600x397

Previous post

Jeep Mempertontonkan SUV Renegade Baru

Next post

Perodua AXIA Dilancarkan. Sekarang Di Bilik Pameran. Dari RM24,600

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *