Karamjit Menang Pusingan Ke2 Kejohanan Rali Malaysia Di Johor
Pasukan Karamjit Singh Proton R3 Rally yang memandu Proton Satria Neo standard menghasilkan upset kejohanan apabila memenangi rali dengan kelebihan masa yang agak ketara melebihi Fan Fan yang memandu Mitsubishi Lancer Evo X perkasanya. Ia dijangka kerana rali permukaan berlumpur memerlukan kemahiran yang hanya Karamjit Singh perolehi. “Kami gembira memenangi Rali ini, terutama sekali dengan kereta 1.6 pacuan roda depan kami. Kami berjaya mengalahkan kereta kereta lebih hebat jadi kami amat gembira dengan prestasi kami,” kata Karamjit.
Acara Rali ini disertai oleh Pasukan Proton R3 Rally Karamjit Singh dan Kenneth Koh dan 20 penyertaan swasta. Tempat kedua keseluruhan jatuh kepada Wan Yu Rally Team China, Fan Fan dan pemandu Fang Jun Wei. Tempat ketiga pula jatuh kepada Muhammad Rafiq Udhaya dan pemandu Maruthi Ariokiasamy dari MRU Motorsports.
Tahniah kepada pemenang pemenang. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web http://www.malaysianrally.com
No Comment