Suzuki Vitara Akan Kembali Dengan Wajah & Enjin Baru
SUV Suzuki Vitara pertama kali muncul 25 tahun lalu dan ini lah wajah barunya yang akan muncul buat kali pertamanya di Paris Motor Show akhir bulan depan.
Maklumat penuh belum dikeluarkan lagi tetapi ada sumber sumber yang mengatakan bahawa ianya akan dikuasai dengan enjin petrol dan diesel yang menjanjikan ekonomi bahan api dan pelepasan CO2 yang rendah. Vitara 2015 ini akan di lengkapi dengan sistem pintar empat roda pemacu ALLGRIP. Imej baru ini nampaknya jelas diilhamkan daripada Konsep iV-4 yang pernah diperagakan sebelum ini. Ianya akan ditawarkan dengan pemilihan pelbagai warna dan pengubahsuaian persendirian .
Maklumat lanjut akan di keluarkan berdekatan dengan tarikh pelancaran nanti.
No Comment