Honda HR-V Disahkan Untuk Eropah
Honda akan membawa versi prototaip Euro-spec HR-V yang juga dikenali sebagai Vezel ke Asia ke Paris Motor Show Oktober ini. Eksekutif Honda Motor di Eropah yakin bahawa HR-V baru ini (gambar di bawah adalah generasi sebelumnya – 1 HR-V) akan dijual dengan baik dengan reka bentuk yang baik dan juga dalaman yang luas. Di samping itu, dalamannya mendapat Honda Magic Seats (dipinjam dari Jazz semua baru) yang membolehkan pemilik untuk menikmati pelbagai konfigurasi tempat duduk dimana pemandu akan dapat melipatkan tempat duduk baris kedua benar-benar rata untuk meningkatkan ruang kargo .
Di bawah hood pula, enjin petrol 1.5 liter yang cekap bahan api, suntikan terus, empat silinder yang digunakan oleh kereta kompak Honda yang popular yang akan di gandingkan dengan transmisi manual sebagai standard, manakala CVT transmisi automatik akan ditawarkan sebagai pilihan. Lebih banyak maklumat akan didedahkan bulan depan selepas kami kembali dari Paris Motor Show 2014! Er sori. Selepas ‘mereka’ kembali dari Paris Motor Show2014!
Adakah ia akan datang ke Malaysia? Belum ada apa apa berita lagi.
No Comment