Berita Auto

Kereta Konsep SsangYong XIV-Air & XIV-Adventure Untuk Paris

SsangYong telah menyediakan tidak satu, tetapi dua kereta konsepnya yang dinamakan XIV-Air dan XIV-Adventure untuk Paris Motor Show akhir bulan ini. Ianya akan dikuasakan sama ada dengan enjin petrol 1.6 liter atau diesel 1.6 liter yang mematuhi pelepasan standard Euro 6. Selain itu, mereka berkongsi jarak roda yang sama 2,600 mm dan panjang 4,195 mm.

 

Menurut sumber dalaman di SsangYong, konsep baru menawarkan gaya, praktikal dan kemudahan untuk pengguna yang bijak dan versi produksi ini akan tiba tahun depan. SsangYong mennyatakan bahawa kedua-dua XIV-Adventure dan XIV-Air adalah pengeluaran yang hampir dengan konsep X100 yang sedia ada.

 

XIV juga di kenali dengan nama eXciting user-Interface adalah satu siri SUV segmen B yang telah ditunjukkan buat pertama kali pada Frankfurt Motor Show 2011. Lebih banyak maklumat yang akan didedahkan pada awal Oktober nanti.

 

ssangyong_xiv-adventure_3-600x369

 

Previous post

Telur Berlada Sofyan #JejakMakanRoss 003

Next post

Jeep Mempertontonkan SUV Renegade Baru

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *