Berita Auto

Mazda MX-5 Model 2015 Diumumkan Di Peringkat Global

Mazda Motor Corporation meraikan pelancaran Mazda MX-5 (dikenali sebagai Roadster di Jepun generasi ke-4. MX-5 serba baru ini, menggunakan kedua-dua SKYACTIV TEKNOLOGI dan reka bentuk Mazda Kodo-Soul of Motion, akan dilancarkan ke pasaran global bermula pada awal tahun 2015.

mazda-mx-5-miata_2-600x450

MX-5 adalah satu model ikonik yang mewakili falsafah kejuruteraan-kenderaan Mazda, mengejar kepuasan pemanduan. “Innovate in order to preserve” adalah moto bagi generasi keempat ini, sambil mencari inovasi yang menjangkaui evolusi mudah.

mazda-mx-5-miata_1-600x450

Tuntutan alam sekitar dan keselamatan yang lebih ketat berbanding pada masa generasi pertama MX-5 telah diperkenalkan 25 tahun yang lalu, tetapi generasi keempat ini masih setia kepada matlamat asal ia itu menawarkan keseronokan tulen memandu yang hanya kereta sport lightweight mampu. Ini dicapai melalui penggunaan TEKNOLOGI SKYACTIV dan penelitian terperinci terhadap deria dan sensasi mereka yang suka kereta.

2016-mazda-mx-5-miata-officially-unveiled-photo-gallery_30-600x450

Reka bentuk serba baru MX-5 mendedahkan satu lagi lapisan Kodo Design Mazda. Perkadaran yang sesuai membuat pemandu dan penumpang terserlah. Kedua-dua bahagian luar dan dalam membangkitkan kegembiraan memandu kereta open top ini. Ianya adalah model yang paling padat berbanding dengan generasi-generasi MX-5 setakat ini. Ianya 100 kilogram lebih ringan daripada model yang di ganti, menjanjikan lonjakan dramatik dalam keseronokan memandu Jinba-ittai.

Sehingga Julai 2014, jumlah pengeluaran Mazda MX-5 melebihi 940,000 unit dan ia terus memegang Rekod Dunia Guinness untuk kereta sukan dua kerusi paling laris. Model termasyur ini telah menerima lebih dari 200 anugerah seluruh dunia termasuk Kereta Tahunan Jepun 2005-2006.

2016-mazda-mx-5-miata-officially-unveiled-photo-gallery_31-600x450

Melangkah ke hadapan, Mazda akan terus membangunkan produk yang menawarkan kesemua pelanggan kepuasan memandu dan prestasi keselamatan dan alam sekitar yang cemerlang.

2016-mazda-mx-5-miata-officially-unveiled-photo-gallery_29-600x450

Previous post

Jualan Suzuki Swift Mencecah 4 Juta Unit

Next post

Kereta Kompak Proton P2-30A 'Iriz'. Pandangan Awal.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *