Perodua AXIA Dilancarkan. Sekarang Di Bilik Pameran. Dari RM24,600
Selepas 21 tahun, 9 model yang berjaya dan lebih dari satu billion Ringgit pelaburan di kilang cekap tenaga bertaraf dunia, dating lah model Perodua yang ke-10 – Perodua AXIA yang dilancarkan semalam dengan lebih 13,500 tempahan diterima daripada orang ramai sejak 15 Ogos; dan dalam satu langkah yang mengejutkan, pembuat kereta kompak ini mengumumkan kedudukan harga yang lebih baik untuk semua varian Axia.
Perodua Axia mencipta sejarah kerana ia Energy Efficient Vehicle (EEV)pertama negara yang akan diperkenalkan di pasaran dan satu rekod baru bagi Perodua dari segi tempahan yang diterima sebelum pelancaran model baru.
“Kami terharu dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai dan kami akan menghormati kepercayaan dan sokongan mereka dengan memberi yang terbaik yang boleh kita tawarkan,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata.
Mengenai perbezaan harga, Aminar menjelaskan: “Senarai harga sebelum ini adalah tentatif dan kami amat gembira untuk mengumumkan bahawa kami dapat memberikan harga yang lebih baik kepada pelanggan kami, kerana anda paling penting”
Perodua AXIA adalah kereta pertama yang dihasilkan dikilang baru Perodua yang moden dan mesra alam; Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB). Tawaran terbaru Perodua juga adalah model EEV pertama yang dibuat oleh sebuah syarikat Malaysia dengan sokongan daripada rakan kongsi, Daihatsu Motor Company of Japan (DMC).
Perodua AXIA berpotensi melakukan perjalanan sehingga 21.6 km / l (bermakna dengan tangki penuh minyak AXIA boleh dibawa dari Kuala Lumpur ke Kangar dengan ada lagi minyak yang tinggal dalam tangki), luas, penuh dengan ciri-ciri unik Malaysia seperti cangkuk teh tarik dan cangkuk pertama dunia yang boleh dikunci untuk beg tangan wanita yang dipasang di sebelah kanan tempat duduk penumpang depan.
AXIA datang dengan harga jualan yang sukar ditolak dalam varian manual dan automatik dan mempunyai kos pemilikan keseluruhan yang rendah – pakej semua-dalam-satu untuk setiap rakyat Malaysia dengan harga bermula dari RM24,600 bagi model asas E Standard manual dan dari RM32,800 untuk model G Standard automatik, diikuti dengan model SE automatik dari RM39,800 hingga ke RM42,530 untuk model terbaik SE dengan cat metalik (Semenanjung Malaysia).
“Kami percaya bahawa Perodua AXIA berdaya saing di rantau ini, itulah sebabnya perkataan “Asia” dimasukkan ke dalam nama; di samping itu, model ini juga merupakan satu standard baru bagi kami. ”
“Standard ini boleh dikategorikan mengikut 4 maklumat penting, atau ringkasnya – 4Es, yang mesra alam, yang lebih keluasan untuk kenderaan kompak, pemanduan mudah dan ekonomi dari segi kos pemilikan keseluruhan,” kata Aminar.
Perodua AXIA datang dalam 4 variasi; Standard E, Standard G, Edisi Khas dan Advance. Ia juga dilengkapi dengan jaminan 5 tahun – satu lagi perkara pertama bagi Perodua.
Dengan slogan “Your Smart Move”, kereta ini yang mewakili usaha Perodua untuk menjadi kompetitif di peringkat global dari segi kualiti, gaya, ciri-ciri dan harga. Slogan ini juga menandakan bahawa kereta ini adalah pembelian pintar.
Perodua Axia datang dengan 8 warna, yang terdiri daripada yang sedia ada, Putih (Ivory White), Perak (Glittering Silver), Hitam (Ebony Black), Biru (Moonlight Blue) dan memperkenalkan Merah Jambu (Cherry Blossom), Hijau (Lemon Grass Green), Kuning (Sunflower Yellow) and Merah (Lava Red).
Untuk menghayati Perodua Axia sepenuhnya, anda harus melihatnya sendiri di mana mana satu 180 bilik pameran Perodua di seluruh negara.
No Comment