Berita Auto

Sambutan Hari Malaysia Land Rover Sehingga 16 September

Jaguar Land Rover Malaysia sedang mengadakan promosi Hari Malaysia untuk mempromosikan produknya. Cawangan Sime Darby Auto Connexion (JPPK) di Petaling Jaya, Jalan Ipoh (KL) dan Kota Kinabalu dan juga Sisma Auto di Glenmarie akan mengambil bahagian dalam program ini. Kempen ini dari sekarang sehingga lah ke Hari Malaysia, 16 September 2014.

Sepanjang tempoh promosi ini pelanggan pelanggan yang memandu uji mana-mana produk Land Rover di bilik bilik pameran yang di sebut tadi akan mendapat hadiah Land Rover dan bendera Malaysia bersaiz penuh. Objektif utama promosi ini adalah untuk memberi pemandu pengalaman memandu kereta Land Rover itu sendiri buat kali pertamanya.

Pelanggan juga akan dapat menikmati promosi dan penjimatan istimewa apabila mereka membeli Land Rover mereka dalam tempoh ini. Terdapat juga beberapa hidangan ringan di kedai-kedai yang mengambil bahagian pada hujung minggu.

Semua kenderaan ditawarkan dengan harga yang paling istimewa semasa tempoh promosi ini. Terdapat juga pakej pakej aksesori yang ditawarkan untuk model-model tertentu.

.Range-Rover-Sport-Photos-600x375

Previous post

Ford Focus ST & Fiesta ST Habis Di Jual Di Serata Dunia

Next post

Mercedes Benz Memperkenalkan AMG GT Supercar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *