Teaser Kereta Compact Baru Proton
Proton telah mengeluarkan gambar gambar kereta global compact barunya yang akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi.
Imej-imej menunjukkan hatchback 4 pintu dengan gaya pinggir tajam yang meniru sedan sedan Proton yang lebih besar.
Ciri-ciri keselamatan dalaman seperti beg udara depan dan tepi untuk semua penumpang, sistem stereng kuasa elektrik (EPS) untuk memudahkan pemandu dan kecekapan bahan api yang dipertingkatkan, pilihan transmisi manual atau automatik. Proton mendakwa bahawa enjin baru ini akan menjimatkan petrol sehingga 10% lebih berbanding dengan enjin CamPro yang lama.
Unit audio pula dilengkapi dengan ciri ciri bantuan parking, navigasi dan Bluetooth. Butang start stop. Ruang yang cukup untuk 5 orang dewasa. Dilengkapi dengan tidak kurang daripada 10 sistem elektronik berkomputer, 6 beg udara dan Reinforced Safety Structure Proton (RESS) dengan teknologi Hot Press Forming.
Peralatan keselamatan kelulusan ANCAP 5 bintang dan kawalan dinamik kenderaan. 2 enjin baru akan ditawarkan, 1.3 liter dan 1.6 liter, kedua-duanya berteknologi Variable Valve Timimg (VVT) untuk lebih kuasa dan penjimatan bahan api yang lebih baik. Tiga varian akan ditawarkan, ‘Standard’, ‘Eksekutif’ dan ‘Premium’, dengan tujuh warna pilihan.
Proton Compact baru ini akan menggabungkan komponen komponen berkualiti yang lebih baik dan ciri-ciri standard yang tidak pernah dilihat didalam mana-mana Proton Compact sebelum ini. Jauh melebihi kereta-kereta Proton yang lebih besar seperti Preve dan Suprima S.
Tungguuu. Berita lanjut akan menyusul sebaik saja kami menerimanya.
No Comment