Pandu Uji

Uji Pandu Honda Jazz Model 2014

Honda Jazz baru ini menawarkan nilai yang kukuh untuk wang anda, ruang yang luas, rekod kebolehpercayaan yang hebat dan bilangan peralatan yang baik. Apa yang kurang dalam karisma ia di tambah dengan keteguhan dan utiliti.

IMG_6320

Pandangan Dari Segala Sudut

Honda Jazz menduduki segmen yang persaingannya terlalu hebat dan tidak pernah berehat. Model semua baru ini datangn dengan ‘kelebihan’ di setiap bahagian. Gaya dan reka bentuk Jazz baru ini juga praktikal. Keluk lembutnya lebih bersih dengan bonet yang berbentuk indah dan lampu depan melunjur ke dalam sayap. Ini adalah satu usaha penggayaan yang sangat praktikal untuk hatchback keluarga. Bahagian dalam yang lebih besar, 4.9 kaki padu peningkatan dalam jumlah penumpang dan peningkatan 4.8 inci di ruang kaki tempat duduk belakang.   Agak luar biasa sebab kesan luarannya lebih kompak, lagi lagi dengan panjang keseluruhan telah di pendekan 1.6 inci

IMG_6166IMG_6169

Jazz ini adalah salah satu kereta hatch keluarga yang terbesar, walaupun bentuk evolusi ini tidak nampak besar. Reka bentuk kabin yang lebih menarik; terima kasih kepada reka bentuk dashboard yang ditinggikan supaya stereo dan sistem penghawa dingin senang dicapai pemandu. Kualiti pemasangan adalah sebaik kereta-kereta lain di dalam segmen ini dengan penggunaan bahan-bahan yang klass. Plastik sentuhan lembut untuk bahagian atas dash dan konsol tengah berkemasan perak yang menarik.

IMG_6272dashjazzIMG_6138

 Apakah Yang Ditawarkan

Apa yang membezakan Jazz serba baru ini adalah dalamannya yang berfungsi dan serba boleh, yang diterjemahkan dari falsafah Honda “Manusia maksimum, Mesin Minimum”. Tangki bahan api pusat inovatif di kekalkan, ruang kabin lebih besar, berat lebih ringan, lebih panjang jarak roda dan yang paling disayangi Versatile Magic Seats dengan empat konfigurasi yang terbaik jika dibandingkan dengan yang lama.

IMG_6229IMG_6231IMG_6233IMG_6238IMG_6240IMG_6234

Jazz Serba Baru ini dilengkapi dengan inovasi dan intuitif yang termaju dan ciri-ciri penyambungan yang menambahkan keseronokan elemen pemanduan. Ini adalah kereta pertama dalam segmen ini yang dilengkapkan dengan audio Advanced Touch Display 7 inci dengan fungsi MirrorLink (variasi V). Multi Information Combination Meter, Touch Panel Automatic Air Conditioning (variasi V) dan Smart Entry dengan Push Start Button (variasi E & V). Steering multi-function wheel dengan advanced Hands Free Telephone Control (variasi V) dan Voice Recognition Control (variasi V), Semua ini untuk kemudahan di hujung jari pemandu.

IMG_6257IMG_6141IMG_6339

 

Seperti semua model Honda, keselamatan adalah keutamaan untuk Jazz Serba Baru ini. Ianya dilengkapi dengan aspek keselamatan yang dipertingkatkan merangkumi 6 beg udara (variasi V; termasuk Dual SRS Airbags depan, Airbags Tepi dan Airbags Tirai Tepi), Isyarat Berhenti Kecemasan (variasi E & V), Vehicle Stability Assist (VSA) (variasi E & V), body kereta G-CON dan ISO fix.

IMG_6281IMG_6144

Kesemua 3 varian boleh didapati dalam lima warna: New Tinted Silver (warna baru bertepatan dengan Jazz Serba-Baru), Brilliant Blue Metallic Sporty, Taffeta White, Crystal Black Pearl dan Modern Steel Metallic.

IMG_6197

Honda Malaysia menawarkan jaminan 5 tahun dengan mileage tanpa had dan tempoh serbis adalah setiap 10,000 km, sebab-sebab tambahan untuk pelanggan memilih Jazz sebagai kenderaan mereka. Dengan sejumlah 76 pengedar sah di seluruh negara, pelanggan Honda boleh yakin bahawa kereta mereka akan dijaga dengan serbis berkualiti.

IMG_6261IMG_6299

Pengalaman Memandu

Dengan enjin 1.5-liter yang dikongsi dengan Honda CITY yang sangat popular, enjin ini mengeluarkan 120bhp dan output tork maksimum 145Nm pada 4,600 rpm Jazz ini mampu mencapai 190 km/h di mana had lajunya telah dimansuhkan, pemanduan yang menyondong ke arah keselesaan, penyerapan bonggol kelajuan dan jalan yang tidak rata dengan penuh keyakinan, dibantu oleh suspensi yang senang pada tunggangan dan tayar yang lebar.

IMG_6285IMG_6288

Ini adalah kereta dengan pengendalian yang baik, stereng kuasa yang membantu meyediakan jaminan pada kelajuan dan sentuhan ringan apabila memandu. Suspensi menyerap jalan kasar senang. Kedudukan memandu Jazz menyediakan pelarasan yang baik dan individu yang tinggi pun boleh selesa di belakang roda.

Kesimpulan

Jazz semua baru ini menawarkan nilai yang kukuh untuk wang, ruang yang luas, rekod kepercayaan yang hebat, tahap peralatan keselamatan yang tinggi dan jumlah peralatan yang baik. Ia adalah kenderaan yang baik dibina dan dilengkapi dengan baik dan berharga dari hanya RM72,800 untuk Gred S, RM79,800 untuk Gred E dan RM87,800 untuk Gred V yang dengan ciri-ciri kelas yang terbaik, ia akan menarik mereka yang inginkan kebolehpercayaan, nilai dan ruang lebih berbanding gimik pemasaran.

IMG_6319

Previous post

Aston Martin Lagonda Sedia Untuk Dijual

Next post

Kereta Lotus Dijangka Buang 325 Pekerjaan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *