Ford! Memang ‘Big Deal’! 200,000 AirAsia BIG Points Untuk Anda
Ford dan pengedar tempatan Sime Darby Auto Connexion hari ini mengumumkan promosi tahunan ‘Big Deal’ kini kembali dengan lebih banyak ganjaran dan diskaun kepada semua pelanggan Ford di seluruh negara.
Promosi ‘Ford Big Deal’
Ford menawarkan 200,000 mata AirAsia BIG Points untuk model Fiesta, Focus, Kuga dan varian Ranger termasuk 3.2L XLT (MT), 2.2L XL (MT), 2.2L XLT (AT), and 2.2L XLT (MT) yang ditempah dan didaftarkan sepanjang tempoh promosi ini. Para pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar 200,000 mata AirAsia BIG Points kepada empat tiket pergi balik ke Australia atau Jepun, lapan tiket pergi balik ke Bali atau 20 tiket pergi balik ke Thailand dengan AirAsia, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat program kesetiaan AirAsia Big Loyalty Programme.
Sebagai tambahan, Ford juga menawarkan rebat tunai kepada tempahan dan pendaftaran baharu model Fiesta, Focus, Kuga dan Ranger 3.2L XLT (MT). Promosi di seluruh negara ini sah mulai sekarang hingga 31 Disember 2014.
Promosi ‘Ford Big Deal Service’
Bermula pada 1 November sehingga 31 Disember 2014, promosi selepas jualan dan servis ini menawarkan pakej-pakej diskaun istimewa ke atas minyak pelincir, brek, tali sawat pemasaan serta alat ganti klac untuk model-model Ford yang terpilih.
‘Pakej Minyak Pelincir’ menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada para pelanggan yang membeli minyak enjin dan penapis minyak daripada Castrol dan Motorcraft oil. Model-model yang layak untuk promosi ini termasuklah trak pikap Ranger, Everest, Escape 2.0L, 2.3L dan 3.0L, selain kenderaan penumpang seperti Fiesta, Focus TDCi, Focus 2005-2010, Mondeo 2.0L EcoBoost dan 2.3L serta S-Max.
Bukan itu sahaja, para pemilik Ranger, Everest dan Fiesta boleh menikmati diskaun sebanyak 10 peratus ke atas penggantian tali sawat pemasaan. Diskaun sama turut diberikan kepada brek model Ranger dan Everest serta alat ganti klac untuk Ranger.
Ford juga menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus ke atas alat-alat ganti seperti penggilap cermin, penapis bahan api, penapis udara, cecair penyejuk dan palam pencucuh. Model-model yang layak untuk diskaun ini termasuklah Ranger TDCi, J97, T6 2.2L dan T6 3.2L, Everest dan Escape 2.0L, 2.3L dan 3.0L, selain kenderaan penumpang seperti Fiesta 1.6L, Focus TDCi, Focus 2005-2010, Mondeo 2.0L EcoBoost dan 2.3L serta S-Max.
Untuk menyertai, para pelanggan hanya perlu mendaftar di www.fordconsumer.com untuk mendapatkan kupon e-mel. Kemudian serahkannya di mana-mana pusat servis sah Ford untuk menebus tawaran ‘Ford Big Deal Service’ yang sesuai.
Promosi ‘Ford Big Deal Service’ juga melibatkan kenderaan Ford yang tidak mempunyai Pelan Servis Lanjutan dan ia tidak termasuk caj buruh.
Maklumat lanjut mengenai promosi ‘Ford Big Deal’ atau ‘Ford Big Deal Service’, sila layari laman web: www.ford.com.my atau hubungi hotline Khidmat Pelanggan Ford di talian 1800 38 3181.
No Comment