Honda umum New Connect Audio dan Sistem Maklumat untuk Eropah
Diumumkan di Paris minggu lalu di Mondial de I’Automobile, Honda Connect menawarkan keselesaaan dan sambungan yang hebat ketika dijalanraya, memaparkan pelbagai fungsi – semua dibentangkan pada paparan skrin 7 inci. Dipasang sebagai peralatan standard, sistem ini akan tersedia buat kali pertama pada Honda Civic, Civic Tourer dan model CR-V pada tahun depan.
Mudah dan intuitif untuk digunakan, Honda Connectguna Android 4.0.4 dan cara biasa guna telefon pintar untuk akses cirinya - ‘pinch, swipe & Tap’. Paparan boleh disesuaikan ikut citarasa pengguna. Terdapat dua ‘cara' yang berbeza boleh dipilih, yang membolehkan pengguna buat sistem ikon berkod warna mereka sendiri - Cepat dan mudah untuk melayari melalui menu skrin sentuh.
Honda Connect beri keutamaan pada pengguna tempat duduk depan untuk akses semuanya dengan cepat dari maklumat kenderaan, kamera rear –view parking dan muzik hingga ke sambungan Bluetooth untuk telefon bimbit mereka. Fungsi sistem baru termasuk : akses internet, aplikasi pra-dipasang, Honda App Center, pilhan Garmin Satellite Navigation, audio: (CD pilihan), AM / FM / DAB dan radio internet, antara muka telefon dan sambungan Bluetooth, rear-view parking dengan garis panduan yang dinamik dan pelbagai maklumat kenderaan seperti meter perjalanan, ekonomi petrol dan masa perjalanan.
Penggunaan yang lancar ini dapat dilakukan oleh salah satu daripada pemprosesan terpantas dalam industri, NVIDIA’s automotive grade Tegra 3. Seperti namanya, sistem Honda Connect yang baru, menawarkan sambungan yang bagus untuk menjaga keselamatan pemilik Honda yang berhubung ketika memandu. Sambungan Bluetooth membolehkan pengguna untuk menyambung telefon pintar mereka kepada sistem hands Free telefon percuma dalam kereta, yang menawarkan ala- operasi telefon pintar melalui Honda Connect.
Honda Connect juga adalah MirrorLink-enabled, menyampaikan sambungan yang lancar antara sistem dan telefon pintar pengguna – dengan syarat ia serasi. Teknologi ini membolehkan pengguna untuk mencerminkan paparan telefon pintar mereka melalui Honda Connect dan boleh akses aplikasi telefon pintar mereka.
Dengan Honda Connect, anda juga boleh menyambung ke internet melalui Smartphone WIFI tethering atau Mobile WiFi Router, membolehkan anda melayari internet sepenuhnya ketika berada dalam kereta, asalkan ia tidak bergerak.Ini memudahkan untuk mencari kemudahan setempat atau mengenali tanda atau landmark yang dekat dengan lokasi kenderaan. Sistem ini dilengkapi dengan pelbagai aplikasi pra-dipasang dan pengguna boleh memuat turun aplikasi lain dari Honda App Center.
Honda Connect dilengkapi dengan aplikasi pra-dipasang termasuk 'Aha', yang membolehkan kandungan diakses dengan mudah tanpa mengganggu fokus pemandu ketika memandu. ‘Aha’ menawarkan beribu stesen audio, muzik, berita, podcast dan buku audio –termasuk berita media sosial dan perkhidmatan berasaskan lokasi. Intergrated interface memudahkan pengguna mencari apa saja dari akaun Twitter hingga ke cuaca terkini, selamat dan semudah menekan butang. Aha juga ada point of interest searches, iaitu membantu pengguna mencari restoran atau hotel terdekat.
Sebagai pilihan, Garmin yang telah memenangi anugerah navigasi satelit boleh didapati sepenuhnya dalam Honda Connect. Peta pra-dimuatkan membolehkan pengguna untuk melayari walaupun di kawasan yang tiada liputan talian dan berjuta tempat2 menarik yang mudah dicari pengguna.
Pertuturan arah dilengkapi dengan ciri-ciri bimbingan lanjutan untuk mengemudi pemandu dengan mudah walaupun melalui situasi yang paling mencabar. Panduan lorong menunjukkan lorong yang betul untuk membelok dan PhotoReal junction views, menyediakan imej foto-realistik simpang dan jalan keluar. Sistem ini juga dilengkapi dengan real-time traffic untuk mengelak kesesakkan lalu lintas, amarah had laju, pembinaan 3D, terrain views dan Eco Routing.
No Comment