Berita Auto

Lexus RC F GT3: Kereta Lumba yang Bercita Cita Tinggi

Dirakamkan dengan berlatarbelakangkan gunung Fuji, kita melihat bagaimana Lexus baru RC F GT3 memberi tanda kehadiran mereka dalam dunia sukan lumba kereta. Apakah model terbaru dalam range Lexus F?  Adakah model RC F coupe berprestasi tinggi yang baru? Mungkin betul jika dilihat dari segi pengeluaran kereta.  Tetapi lebih tepat untuk jawapan pada soalan pembuka ialah model kereta lumba RC F baru yang dibina mengikut spesifikasi GT3 dengan fokus pada prestasi yang sama, kepersisan dan teknologi progresif sepertimana pada semua kereta yang dihasilkan oleh divisyen Lexus F.

Projek ini diselia oleh oleh Ketua Jurutera Lexus, Yukihiko Yaguchi, jurutera yang sama di belakang penghasilan IS F, pengeluaran KM F dan setiap generasi Toyota Supra – tetapi model baru seperti Lexus KM F GT3 jarang dihasilkan. Tidak banyak pengilang Jepun yang telah membina kenderaan mengikut regulasi ketat GT3, kategori grand touring sukan permotoran yang dikawal oleh FIA.  Tetapi sejak bila Lexus tidak berani menceburi bidang yang orang lain takut untuk mencuba?

lexus_RC_GT4

Bila Lexus RC F GT3 diperkenalkan di Geneva International Motor Show 2014 awal tahun ini, ianya telah menimbulkan publisiti meluas yang positif. Diperagakan dalam warna putih dengan logo holografik besar di sisi bawah, kereta ini memperlihatkan dengan jelas tanda Lexus mahu pastikan kehadiran mereka dalam trek lumba kereta dunia dan juga dalam arena di mana sebelum ini para pengilang tidak terlibat dalam kadar yang besar. Ia juga bukti Lexus berkeupayaan untuk menghasilkan kereta sport bertaraf dunia dari mula hingga akhir.

Sepertimana asas pengeluaran model Lexus, siri RC F GT3 direka penuh dengan ciri2 yang matlamatnya mengambil yang terbaik dari casis dan kuasa enjin 540-plus.  Bodywork yang khusus, kaedah underbody yang rata dan agresif diffuser direka untuk meminimalkan teknik aeorodinamik tarik dan resap kereta itu ke bawah. Sementara spoiler belakang berdiri tinggi dan lebar untuk berikan tambahan pada downforce dan meninggikan kelajuan sekitar selekoh melalui stabiliti yang telah dipertingkatkan.  Sementara itu juga, Lexus LFA yang menjadi perintis  kepada teknologi karbon fibre digunakan juga pada beberapa bahagian yang dirasakan perlu untuk pastikan berat kereta.

lexus_RC_GT3

“Kami kini dalam proses fine-tuning kenderaan” Yaguchi melaporkan. “’Dengan memberi perhatian terperinci, kami bekerja keras untuk pastikan ketangkasannya dan tindakbalas pemanduan kepada mekanik peranti kenderaan.  Setelah ianya selesai, kami akan mula membekalkan kereta ini   untuk tim lumba bagi musim 2015. Kereta GT3 boleh menyertai apa juga perlumbaan seluruh dunia termasuk 24 Hours Nurburging di German dan The United Sportscar Championship di US dan Kanada.

Yaguchi berhenti sebentar sebelum membuat kesimpulan, “Kami mempunyai kereta lumba yang serius. Tapi dalam masa yang sama, pemandu dari semua peringkat skil akan mengalami keseronokan memandu dalam litar seluruh dunia.  Dan yang bagusnya, ramai peminat sukan lumba kereta akan dapat menyaksikan kehebatan produk kami beraksi.”

lexus_RC_GT1

Previous post

Luca di Montezemolo Ucap Selamat Tinggal Kepada Bahagian GT  Ferrari

Next post

Jaguar XE Dengan Ingenium: Mendalami Teknologi Enjin Bertaraf Dunia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *