Gaya Hidup / Lifestyle

Pertandingan Akhir Lukisan Toyota Dream Car Di Tokyo Jepun

Sejak tahun 2004, sebagai sebahagian daripada inisiatif sumbangan sosial Toyota Motor Corporation (TMC), Pertandingan Lukisan Toyota Dream Car menjemput kanak-kanak seluruh dunia untuk berkongsi idea tentang masa depan mobiliti dengan melukis kereta impian mereka. Dan bagi UMW Toyota Motor, syarikat itu terus mengadakan pertandingan lukisan Toyota Dream Car sebagai satu pertandingan tahunan antarabangsa untuk kanak kanak sejak 2012.

Menurut Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor, “ Kami di Toyota percaya dalam  memupuk kreativiti generasi akan datang sebagai pencipta yang hebat, pemikir dan bercita-cita tinggi.  Setiap idea hebat yang tercipta bermula dari impian.  Maka, ini adalh peluang yang baik bagi anak-anak Malaysia yang mempunyai imaginasi yang kreatif dan minat melukis, mencuba dan bertanding dengan kanak-kanak di seluruh dunia”.

Toyota Motor Corporation (TMC), Jepun, mengadakan maljis penyampaian anugerah dan penutup bagi pertandingan melukis Toyota Dream Car untuk 31 peserta akhirdari 22 buah Negara di Mega Web, pusat kemudahan kenderaan TMC di Koto Ward Tokyo..

Dua peserta yang layak mewakili Malaysia ke peringkat akhir ialah Asher Royce Anthony (pemenang emasbagi kategori ‘di bawah 8 tahun’ dalam pertandingan National Phase) dan Evonne Tan Wei Ni (pemenang perak bagi kategori ‘ di bawah 8-11 tahun dalam pertandingan National Phase). Di majlis penyampaian anugerah dan penutup di Tokyo, Jepun, Evonne Tan Wei Ni, berusia 10 tahun berjaya memenangi anugerah gangsa dengan interpretasinya yang bertajuk “ Underwater Musical Vehicle’ di mana kereta impiannya membawa keamanan, harmoni dan kehidupan yang sihat kepada dunia.  Kedua ibubapanya berbangga dan gembira apabila dia diumumkan sebagai pemenang anugerah gangsa bagi kategori 2.

Pertandingan lukisan Toyota Dream Car dibuka kepada kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah dari seluruh dunia.  Pertandingan tahun ini berjaya menarik seramai 660,000 penyertaan dari 75 buah Negara di mana lebih kurang 1,100 peserta kanak-kanak berbakat dari Malaysia menyertai National Phase.  Terdapat sejumlah 31 pemenang anugerah daripada 90 peserta akhir yang kemudiannya dipilih sebagai pemenang anugerah Emas, Perak, Gangsa dan Peserta Terbaik bagi tiga kategori. Sebagai tambahan, terdapat satu kategori khas yang dikenali sebagai Anugerah President Akio Toyoda di mana pemenang dipilih sendiri oleh presiden Toyota Motor Corporation, Akio Sebagai mengulas pertandingan tersebut, Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor berkata, “Saya mengucapkan tahniah kepada Evonne Tan Nei Ni, pemenang anugerah gangsa dalam pertandingan dunia itu, dari Malaysia dan tidak lupa juga kepada Asher Royce Anthony yang telah terpilih sebagai antara 90 peserta akhir.  Saya dapat melihat kreativiti yang tinggi dan idea praktikal mereka dengan mesej mencipta satu kehidupan yang baik di Malaysia melalui impian kereta mereka”.

Gambar dan video dari Majlis anugerah itu boleh didapati di Toyota global website. Pertandingan lukisan Toyota Dream Car URL:

www.toyota-global.com/events/dream_car_art_contest/

Previous post

Volkswagen Malaysia Komited Sepenuhnya Untuk Mentakrif Semua Pengalaman Pemilikan

Next post

Porsche Dedahkan Rangkaian Martini 2014

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *