Toyota GT86 Kuning Untuk Edisi Eropah
Toyota tidak lama lagi akan mengeluarkan edisi khas GT86 hanya untuk pasaran Eropah dan imej-imej pertama di sini untuk tatapan anda. Edisi Khas GT86 mempunyai kemasan luaran kuning khas, jalur perlumbaan hitam pilihan dan juga cermin luar dicat hitam.
Di dalam, terdapat tempat duduk dibalut kulit dan stereng roda tiga spoke. Sayangnya enjin masih sama, 2.0 liter empat silinder boxer dengan teknologi Toyota D-4S yang menghasilkan 200hp dan 205Nm tork pada 6,600rpm.
Enjin ini ditawarkan dengan 6-kelajuan transmisi manual atau automatik manakala kuasa dihantar ke roda belakang. Berbanding dengan versi standard, Edisi Khas GT86 perlu tambahan 1,000 Euros.
No Comment