Formula E Putrajaya ePrix dimenangi oleh Virgin Racing
Pelumba Virgin Racing, Sam Bird mendominasi perlumbaan Putrajaya ePrix dalam kepanasan dan kelembapan hari Ahad lalu dengan kemenangan hebat dengan beberapa pelanggaran yang berlaku antara barisan pelumba. Sam Bird berjaya mengambil kesempatan di atas permulaan yang teruk oleh barisan permulaan, pelumba Dragon Racing, Orio Servia. Ia membuka peluang kepada Bird, yang telah berjaya mendahului pelumba lain pada pusingan ke-lima dan terus kukuh berada di hadapan sebelum kereta keselaatan pertama dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk pelumba Trulli GP, Jarno Trulli untuk memotong Servia dan menjadi saingan sengit kepada Bird.
Pelumba Mahindra, Bruno Senna yang hanya tinggal beberapa selekoh, hilang kawalan lalu melanggar dinding dan memaksanya menghentikan perlumbaan. Bird memacu hingga ke garisan penamat sebagai juara, namun saingannya juga tidak kurang hebatnya di mana Grassi berjaya mengatasi masanya di pusingan kelayakan untuk menduduki tempat kedua. Begitu juga dengan pelumba e.dam Renault, Sebastian Buemi, dengan permulaan yang sama akhirnya berjaya menduduki tempat ke tiga. Pemenang tempat ke empat menyaksikan pelumba kumpulan Buemi iaitu Nico Prost dan tempat kelima dimenangi oleh Jerome D’Ambrosio dari Dragon Racing.
Keputusan tidak resmi:
- Sam Bird – Virgin Racing
- Lucas di Grassi – Audi Sport ABT
- Sebastien Buemi – e.dams-Renault
- Nico Prost – e.dams-Renault
- Jerome D’Ambrosio – Dragon Racing
- Karun Chandhok – Mahindra Racing
- Oriol Servia – Dragon Racing
- Antonio Felix da Costa – Amlin Aguri
- Jaime Alguersuari – Virgin Racing
- Daniel Abt – Audi Sport ABT
- Ho Pin Tung – China Racing
- Stephane Sarrazin – Venturi GP
- Matthew Brabham – Andretti Autosport
- Bruno Senna – Mahindra Racing
- Franck Montagny – Andretti Autosport
- Katherine Legge – Amlin Aguri
- Jarno Trulli – Trulli GP
- Nelson Piquet Jr – China Racing
- Nick Heidfeld – Venturi GP
- Michela Cerruti – Trulli GP
No Comment