Honda CIVIC Diperbaharui Telah Tiba
CIVIC baru tampak lebih menarik dengan harga baru yang diumumkan oleh Honda Malaysia iaitu penurunan harga dari harga sebelumnya. Harga di atas jalan bagi 1.8L S kini adalah RM113,800, 2.0L S pula berharga RM125,800 dan 2.0L S Navi berharga RM132,800. Selain dari penurunan harga, ketiga tiga varian Civic baharu mempunyai ciri-ciri tambahan yang akan memberikan nilai lebih baik untuk pelanggan.
Platfom enjin untuk Civic baru 1.8L memberikan output maksimum sebanyak 141PS dan 174NM manakala 2.0L memberikan 155PS dan 190NM. Kombinasi rangkaian kuasa SOHC i-VTEC dengan transmisi kotak gear lima kelajuan automatic memberikan tahap tinggi prestasi pemanduan manakala mencapai penjimatan bahan api. Fungsi ECO pintar membantu pemandu memandu dengan lebih efisyen dan butang mode ECO memperbaharui kecekapan bahan api kenderaan hanya dengan menekan satu butang.
Dari segi luaran, Civic baharu tampil lebih agresif dengan gril depan yang baru dan pemasangan jeriji yang lebih rendah. Varian 1.8L dilengkapi dengan 16 inci aloi roda manakala 2.0L memperoleh 17 inci.
Selain itu, naik taraf untuk 1.8LS dan 2.0LS termasuk penyempurnaan dari pegangan pintu dalam di mana ketebalan dan kualiti bahan telah meningkat sebanyak 30% dan varian 2.0L Navi lebih halus dengan ‘Piano Black finish’. 2.0L Navi juga dipertingkatkan lagi dengan kokpit futuristik yang memaparkan Paparan Audio 7” dengan Navigasi, HDMI dan MirrorLink. Ketiga-tiga varian dilengkapi dengan Smart Entry canggih dengan butang Push Start untuk kemudahan tambahan kepada pelanggan.
Civic baharu ini akan dilengkapi dengan spesifikasi keselamatan yang tinggi di mana ketiga-tiga varian ini mempunyai sistem Vehicle Stability Assist (VSA) yang digabungkan dengan sistem Motion adaptive EPS (stereng dikuasakan elektrik) untuk seimbangkan kenderaan dan kawalan pemanduan dalam situasi pembelokan lebih atau kurang. Melalui inovasi struktur badan kereta oleh Honda Advance Compability Engineering (ACE), ia memberikan pembaharuan kesesuaian pelanggaran di antara saiz kereta yang berbeza. Civic baharu ini kini dilengkapi dengan 6 airbag (varian 2.0L S dan 2.0L Navi). Pelanggan yang memilikki kereta Civic generasi ke-9 akan berpuas hati bahawa kereta Civic dikenali sebagai kereta sedan untuk keluarga dengan 5-pencapaian 5-bintang ASEAN NCAP.
Civic baharu akan ditampilkan dengan warna baru (biru twilight) yang ditambah dalam rangkaian warna yang sedia ada iaitu Taffeta White, Alabaster Silver Metallic, Modern Steel Metallic dan Crystal Black Pearl. Buat masa ini, tempoh menunggu untuk Civic baharu adalah sebulan selepas tempahan.
Civic baharu ini juga akan menawarkan pakej selepas khidmat penjualan paling menarik iaitu 5 tahun waranti dengan jarak perjalanan tanpa had, khidmat interval sebanyak 10,000 km dan khidmat tenaga kerja percuma hingga 6 kali lawatan untuk setiap bayaran perkhidmatan berselang seli hingga 100,000km.
Untuk maklumat lanjut tentang Civic baharu atau membuat tempahan uji pandu, boleh lawati mana mana 78 penjual Honda yang sah seluruh dunia atau sila hubungi tol percuma Honda ditalian 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.
No Comment