Konsep VW Golf R400 Disahkan Untuk Pengeluaran
Masih ingatkah konsep Golf R400 yang telah dipertunjukkan di Beijing Motor Show? Model hatchback hebat ini telah pun disahkan untuk memulakan pengeluaran dan bilik pameran untuk model yang telah siap akan dipertontonkan di Frankfurt Motor Show tahun depan. Mungkin Pengurus Produk VW telah melihat kejayaan pelancaran model baru Mercedes A45 AMG dan mengambil keputusan model ‘R’ mereka tidak mampu menandingi penjualan A45 AMG, maka model Golf hebat ini perlu dihasilkan. Pengeluaran adalah terhad dan akan terdapat banyak ciri-ciri terhad yang belum pernah dimasukkan dalam model Golf.
Versi pengeluaran akan mengekalkan penampilan sporti-nya, dengan pengubahsuaian badan dan bumpar kereta dan gerbang roda yang lebar. Badan kereta dilebarkan 20mm, dengan gerbang roda yang lebar yang mengingatkan mereka dengan model Rallye Golf G60 1988.
Bumpar pada bahagian depan kereta Golf ini direka semula sepenuhnya untuk mengambil kira keperluan penyejukkan lebih besar untuk R400. Volkswagen akan menggunakan lebih banyak karbon fiber untuk mengekalkan konsep kereta yang ringan iaitu 1420kg.
Model Golf R400 akan dikuasakan oleh versi enjin yang telah diubahsuai yang juga digunakan dalam siri Golf R: Turbo enjin 2.0 liter empat-silinder dengan 400hp dan tambahan tork 70Nm berbanding dengan Golf R biasa, menjadikan jumlahnya 450Nm, diperolehi dari 2400 hingga 6000 rpm.
Maklumat lanjut tentang kereta ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat dari tarikh pelancarannya.
No Comment