Berita Auto

Mazda2 SKYATIC Sedan Akan Tiba

Pada minggu ini pembeli kereta Thai akan mendapat peluang untuk membeli Mazda2 baharu yang dikuasakan oleh generasi baru enjin SKYACTIV. Kelihatan seperti versi kecil rangkaian Mazda3 baru, sedan Mazda2 baru ini akan bersaing secara langsung dengan Nissan Almera dan VW Polo sedan terkini.

Mazda2-Sedan1

Dengan rekaan yang lebih baik, teknologi enjin dan lebih banyak ciri ciri dari saingan terkini mereka, Mazda2 sedan baharu ini pastinya akan menjadi laris sebaik saja ianya dilancarkan di Malaysia.  Kereta kompak ini datang dengan penggayaan berani dan perkadaran hebat, berkualiti tinggi, rekaan dalaman yang sporti dan kombinasi prestasi pemanduan yang hebat dan prestasi keselamatan dan penjagaan alam sekitar yang cemerlang.

Mazda2-Sedan2

Kedua-dua sedan dan hatchback  memaparkan SKYACTIV-D 1.5, diesel enjin bersih yang baru dibina Mazda.

Mazda2-Sedan3

Mazda2 baharu ini adalah rangkaian ke-4 generasi baru kenderaan Mazda yang menggabungkan teknologi sepenuhnya SKYACTIV dan tema rekaan KODO-soul of motion.  Kesemua teknologi baru dan idea yang dihasilkan oleh Mazda sepanjang pembinaan kenderaan generasi baru sejak penghasilan CX-5 telah dimasukkan pada model kompak ini.  Dengan ciri-ciri seperti sistem Mazda Connect advanced car connectivity, Mazda baharu ini menawarkan fungsi dan nilai yang melangkaui tahap kebiasaan segmen ini.  Model ini telah menerima pujian tertinggi , termasuk telah dianugerahkan  Car of the Year Japan 2014-2015 pada October, 2014.

Mazda2-Sedan4

Mazda2 merupakan model Mazda yang terlaris di Thailand dengan lebih kurang 120,000 unit telah dijual sejak model ini berada di pasaran Thailand pada Januari 2010.

Mazda2-Sedan5

Mazda2 ini telah diluluskan untuk fasa kedua bagi program kereta ekonomi Thailand dan dengan pelancaran model baharu ini, Mazda mahu mengukuhkan lagi pasaran mereka di negara itu.

Mazda2-Sedan7

Previous post

ABT Tuned Audi A8 Hebat

Next post

Formula E Putrajaya ePrix dimenangi oleh Virgin Racing

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *