Berita Auto

Mercedes Benz GLA 45 AMG Edisi 1 @ RM378,888

Dengan penggunaan tenaga 7.5 liter per 100 km (Kombinasi NEDC; CO2: 175 g/km) dan pematuhan dengan standard emisi EU6, edisi GLA 45 AMG sekali lagi membuktikan bahawa prestasi maksimum Mercedes-AMG dihasilkan tidak menjejaskan alam sekitar.  Model ini juga memegang posisi pole dengan mengambil kira pemanduan dinamik yag memacu dari kosong hingga100km sejam dalam masa 4.8 saat dan mencapai kelajuan tertinggi kepada 250km sejam (elektronik terhad).  Terima kasih kepada kombinasi prestasi standard-fit yang berpandukan pemacuan empat roda AMG 4MATIC dan AMG SPEEDSHIFT DCT 7-kelajuan transmisi sport, yang menampilkan kehebatan GLA 45 AMG yang sporti dan berkonsepkan sistem pemanduan efisyen.

WP_20141107_22_59_44_Pro

Model GLA 45 AMG adalah AMG yang sebenarnya bila bercakap tentang pemanduan dinamik.  Buat masa ini, tidak ada lagi segmen yang tumbuh dengan pantas dari SUV yang lain.  Karektor produk GLA 45 AMG yang unik membolehkan kami menarik minat kumpulan baru,” kata Roland S. Folger, Presiden & CEO Mercedes Benz Malaysia.

Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-5

Sebagai tambahan kepada A45 AMG dan CLA 45 AMG, model GLA 45 AMG adalah kenderaan ketiga dengan enjin turbo empat-silinder untuk menarik target kumpulan muda.  Trend yang berorientasikan pelanggan menepati dengan ciri cirinya yang dinamik, bergaya dan bebas – kesempurnaan yang diterapkan dalam SUV yang berprestasi tinggi baru dari Affalterbach.  Menepati kehendak pelanggan yang pelbagai sentiasa menjadi kekuatan Mercedes-AMG. Model GLA 45 AMG kini mengembangkan secara besar besaran  5 model rangkaian SUV (GLA 45 AMG, ML 63 AMG, GL 63 AMG, G 63 AMG and G 65 AMG). Maka Mercedes-AMG menawarkan rangkaian terluas model SUV diantara jenama premium lain yang berprestasi tinggi.

Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-4

Ciri ciri Hallmark AMG : pengeluaran siri enjin empat-silinder yang paling berkuasa di dunia.

Dalam kelasnya yang tersendiri: Enjin GLA 45 AMG membuktikan kehebatannya mengikut data yang dikeluarkan.  Enjin turbo AMG 2.0 liter ini adalah pengeluaran siri enjin empat silinder paling berkuasa di dunia.  Ia menghasilkan kuasa 265 kW (360hp) dan membina tork tertinggi, 450 Newton meter.  Densiti kuasa 133kW (181hp) meletakkan prestasi tinggi enjin turbo AMG sama tahap dengan kereta super sport yang paling berkuasa di dunia.

Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-1

Data utama sepintas lalu:

  Mercedes-Benz

GLA 45 AMG

Displacement 1991 cc
Bore x Stroke 83.0 x 92.0 mm
Output 265 kW (360 hp)
at 6000 rpm
Max. torque 450 Nm
at 2250-5000 rpm
Ketumpatan Kuasa 133 kW (181 hp)
Penggunaan bahan api, Gabungkan NEDC 7.5 l/100 km
Emissi CO2 175 g/km
Efficiency class D
Emissi standard EU 6
Pecutan 0-100 km/h 4.8 s
Kelajuan 250 km/h*

* Had Elektronik

Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-6

Skrol-berskembar turbocharger dan sistem ekzos sporti AMG dengan ridip ekzos.

Mercedes-AMG menumpukan perhatian kepada cabaran asas berkenaan tindakbalas gegaran dari enjin turbo berkapisiti kecil dengan menggunakan turbocharger skrol-berkembar, sistem ekzos maksimum dethrottling dan strategi injeksi yang inovatif.  Teknologi skrol-berkembar memberikan  tekanan pengecasan yang lebih spontan: penggunaan tekanan-belakang ekzos, suhu ekzos-gas dan denyut ekzos-gas menghasilkan impak positif. Hasilnya, pembinaan tork yang lebih pantas pada kelajuan enjin rendah.  Sebagai kesan sampingan positif, pengunaan bahan api dan emisi ekzos juga mendapat faedah dari teknologi skrol-berkembar ini.  Dengan tekanan pengecasan 1.8 bar, enjin turbo empat silinder AMG 2.0 liter menerajui kehadapan dalam bidangnya.

Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-7

Produksi Enjin – kehebatan tradisi

Enjin turbo empat silinder AMG 2.0 liter dipasang sepenuhnya dengan kerjatangan mengikut tradisi filosofi AMG “satu lelaki, satu enjin”. Selain dari menjadi lambang AMG ia juga mengesahkan kualiti pengeluaran superlatif. Jenama enjin AMG membawa ketulenan enjin itu yang melambangkan jenama Mercedes-Benz yang berprestasi tinggi.

WP_20141107_23_02_47_Pro

AMG SPEEDSHIFT DCT 7- transmisi kelajuan sporti

AMG SPEEDSHIFT DCT 7- transmisi kelajuan sporti pada GLA 45 AMG menampilkan 3 mode transmisi yang tersendiri – fungsi dua nyahcekam bergantung kepada mod transmisi dan fungsi RACE START untuk pemecutan yang optimum.  Kekuatan transmisi dua-cekam termasuk pertukaran gear yang spontan tanpa kehilangan kuasa tarikan, kawalan strategi yang dibuat khusus berdasarkan fungsi AMG SPEEDSHIFT – pertukaran gear yang sangat lancar dan tahap efisyen yang tinggi.

Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-13

Orientasi- Prestasi  AMG 4MATIC pacuan empat roda sebagai standard.

GLA 45 AMG datang dengan pembolehubah pacuan empat roda AMG 4MATIC sebagai standard. Dalam membangunkan sistem pacuan empat roda ini, tumpuan khusus pada prestasi dan semangat dinamik. Sistem pacuan empat roda memberikan pindahan kuasa enjin yang ideal untuk pemanduan di jalan dengan memberikan tarikan yang sempurna – tidak kira dalam keadaan cuaca apa sekalipun.  Ia juga mengangkat dinamik pemanduan ke tahap tertinggi.

Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-16

Suspensi sporti AMG dan sistem brek AMG berprestasi tinggi

Salah satu kunci kepada pengendalian tangkas adalah teknologi gandar: untuk pemanduan dinamik yang dipertingkatkan, gandar depan McPherson pada GLA 45 AMG dilengkapi dengan buku jari stereng dan elastokinematics baru. Keempat-penghubung gandar belakang juga telah diperbaharui.  Stabiliti dan ketepatan mengemudi telah dipertingkatkan dengan memoptimumkan elastokinematics dan sambungan tegar antara subframe dan badan kereta.  Suspensi sport AMG dengan penalaan spring/unit peredam dan bar goleng yang lebih besar memberikan pemecutan tinggi dan mengurangkan pergolengan pada pecutan selekoh berganda. Keselesaan pemanduan jauh yang menjadi tanda Mercedes ditekankan dengan cara yang sama.  Suspensi prestasi AMG dengan spring kukuh dan penalaan perendam boleh didapati sebagai pilihan tambahan.

Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-19

Rekaan : sensual tulen dan elemn eksklusif AMG

Reka bentuk GLA 45 AMG memancarkan daya tarikan karakternya yang kukuh dan tersendiri. Sebagai model AMG yang berkuasa tinggi, ia menggabungkan dengan sensual tulen Mercedes-Benz iaitu ekspresi mewah moden dengan elemen rekaan AMG yang muscular dan dinamik.  Apron depan AMG dengan pemecah depan dan AMG ‘twin blade’ gril radiator menyerlahkan ketangkasan – keduanya dicat dengan warna kelabu titanium matte.   Yang betul betul baru adalah huruf AMG yang tersendiri di sisi di antara ram gril radiator. Ini akan menjadikan semua model AMG yang baru mudah dikenali pada masa akan datang.Flics hitam (elemen pengawal arah aliran udara) di atas bahagian luar pengambilan udara penyejukan besar menyinggung sukan bermotor. Lampu depan bi-xenon datang sebagai standard.Flics hitam (elemen pengawal arah aliran udara) di atas bahagian luar pengambilan udara penyejukan yang besar bersamaan sukan bermotor. Lampu depan bi-xenon datang sebagai standard.

Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-22Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-25Mercedes-Benz-GLA45_AMG_2015_800x600_wallpaper_1eMercedes-Benz-GLA45_AMG_2015_800x600_wallpaper_26Mercedes-Benz-GLA45_AMG_2015_800x600_wallpaper_0cMercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-2Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-8Mercedes-Benz-GLA45_AMG_2015_800x600_wallpaper_25Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-3Mercedes-Benz-GLA45_AMG_2015_800x600_wallpaper_15Mercedes-Benz-GLA45_AMG_2015_800x600_wallpaper_03 (1)Mercedes-Benz-GLA-45-AMG_Interior-24Mercedes-Benz-GLA45_AMG_2015_800x600_wallpaper_09

Previous post

F1, Brazil, Nico Menang. Lewis Tempat Ke 2 Panas

Next post

VW Beetle 1.2L TSI Mencipta Keselesaan Kabin

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *