Mercedes-Benz GLA Di Pasaran Dengan Harga RM238,888
Mercedes-Benz Malaysia dengan banggannya memperkenalkan model terbaru mereka GLA, kenderaan pertama bagi segmen SUV kompak yang semakin pesat dibangunkan. Rekaannya sporti dan dinamik dan bercirikan sistem pemanduan termoden dan keselesaan dan keselamatan Mercedes-Benz yang unik.
Dengan lima siri model diperkenalkan iaitu GLA, GLK,ML dan G, syarikat menawarkan rangkaian kenderaan terbesar dari mana mana pengeluar kenderaan premium Eropah dan menepati setiap kehendak mobility pelanggan.
Sebagai teman seharian, GLA mempunyai rekaan dalaman yang fleksibel dan berbagai. Tempat duduk belakang bukan saja boleh dilipat sepenuhnya malah boleh dilaraskan kepada mana mana sudut yang diperlukan. Kompatmen (421-1235 liter) mudah untuk mengisi muatan kerana sil yang rendah dan pintu but yang lebar yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik sebagai pilihan.
Struktur badan kereta yang tegar menjadi asas untuk memberikan rangkaian aplikasi yang luas. Maka rangkaian kuasa enjin petrol 1.6 dan 2.0 liter akan bertambah dari 115kW (156hp) bagi GLA 200 kepada 155kW (211hp) bagi GLA 250. Kesemua ciri enjin mempunyai fungsi mula/henti ECO.
Dua model boleh didapati di Malaysia iaitu “Urban” untuk GLA 200 dan “AMG Line” dengan pakej ‘malam’ untuk GLA 250. Model GLA 250 juga boleh didapati dengan generasi baru pacuan empat roda 4MATIC menampilkan pelbagai pengeluaran kilasan sepenuhnya.
Rekaan : Kualiti dan Jaminan-diri
Ekspresi kemewahan dan moden menjadi fokus utama pereka dan menjadi filosofi rekaan Mercedes-Benz. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan kontur yang jelas dan permukaan yang halus yang menghubungkan teknologi tinggi yang sofistikated dan juga penampilan tersendiri. Kejelasan sensual tercermin dalam nilai-nilai teras reka bentuk tradisi, emosi dan kemajuan. Ini adalah prinsip panduan, menonjolkanperbezaan yang bergantung kepada modelnya. Mercedes-Benz mencipta jambatan antara kemodenan dan avant-garde, antara tradisi dan progresif. Setiap model mempunyai peranan dan karektor yang tersendiri mengikut lambang yang difokuskan pada model tersebut. Namum sebuah Mercedes-Benz akan sentiasa dikenali sebagai Mercedes-Benz. Ini kerana untuk menambahkan gaya baru dan mengekalkan tradisi, pereka menggunakan ciri ciri gaya asal jenama.
Badan kereta yang ditinggikan dan ambang roda yang lebar memberikan penampilan yang menarik untuk model GLA. Permukaan yang jelas yang dilengkapi dengan garis-garis tajam yang memberikan definisi dan ketepatan, mengubah kontur pahatan badan kenderaan yang sensitif dicipta dan kehalusan yang dramatik.
Rekaan dalaman : Ciri-ciri rekaan menarik dan berkualiti tinggi
Penampilan rekaan luaran yang muskular dan tersergam juga disuntik ke dalam rekaan dalamannya. Ia mempunyai citarasa kualiti tinggi yang telah dapat dicapai dengan kontur, pilihan dan kombinasi bahan yang berkualiti tinggi. Keutamaan pada garisan horizontal, rekaan yang dinamik dan ciri ciri rekaan yang sangat menarik adalah lambang berkualiti tinggi model ini. Begitu juga dengan ketepatan pada dimensi sendi dan jurang.
GLA akan menjadi siri model peneraju dalam segmennya kerana keupayaan aerodinamiknya. Ia mempunyai nilai Cd 0.29. Pada 0.66 m2 , ‘kawasan seret’, Cd x A, memberi impak tinggi untuk penjimatan penggunaan bahan api dari 60km sejam, adalah kadar yang tinggi.
Ciri-ciri aliran udara yang baik, merupakan faktor utama yang menyumbang kepada penggunaan bahan api kenderaan yang rendah dalam keadaan seharian, hasil dari beberapa langkah pengoptimuman aerodinamik.
Panel bawah badan kereta yag luas, tambahan panel di ruang tengah gandar belakang dan penyenyap belakang aerodinamik yang dioptimumkan diikuti dengan difusor meningkatkan aliran udara di bawah badan kereta.
Pelbagai langkah juga telah diambil untuk mengurangkan bunyi angin dalam GLA. Ini termasuk pelbagai peringkat konsep pintu kedap, pengedap tambahan antara pintu belakang dan bumbung dan pengedap pada sisi pintu belakang.
Enjin dan Transmisi: Satu Ekspresi aspirasi dinamik peneraju
Enjin empat-silinder yang moden dengan turbocharging dan direct injection, dan juga fungsi mula/henti ECO adalah dasar untuk menjadikannya keupayaan yang hebat. GLA-Class baru juga meneraju dalam segmennya dengan rekabentuk prestasi yang dinamik.
Model GLA yang kompak memberi interpretasi konsep moden yang baru kerana model ini kurang panjang dan lebih tinggi dari SUV sebelumnya dan ini menepati dengan gaya hidup urban seharian. Dalam masa yang sama, pilihan pacuan empat roda 4MATIC, struktur badan yang teguh dan konsep rekaan dalaman yang pelbagai menjanjikan keseronokan rekreasi. Moto: lari dari rutin harian. Kawasan lasak – tepi pantai, tanah tidak berturap dan cerun – semua ini tidak menjadi masalah pada model GLA.
Mercedes-Benz menawarkan GLA 250 dengan generasi baru pacuan empat roda 4MATIC dengan pengeluaran pelbagai kilasan sepenuhnya. Sistem pacuan empat roda berdaya cemerlang dengan daya tarikan yang tinggi dan ketangkasan yang luarbiasa digabungkan dengan pemanduan superlative dan kecekapan tenaga.
Keyakinan pemanduan di luar jalan
Model 4MATIC dilengkapi dengan DSR (Downhill Speed Regulation) dan transmisi mode luar jalan yang asas. DSR dihidupkan dengan kawalan butang pada konsol tengah dan disokong dengan kawalan pemandu semasa penurunan jalan cerun dengan kekalkan perlahan, secara manual memilih kelajuan kereta pada limit fizikal bila menganggarkan kecerunan. Ini terhasil dengan sokongan sistem kawalan enjin dan transmisi dan keberkesanan brek
Keselamatan pintar : sistem sokongan yang maju
Sistem sokongan pemanduan yang pelbagai menawarkan sokongan pada GLA dan mengurangkan beban pemandu. Ciri asas untuk SUV termasuk ATTENTION ASSIST drowsiness detection dan radar-based COLLISION PREVENTION ASSIST PLUS dengan bantuan brek adaptif yang kini membantu mengelakkan pelanggaran dari kelajuan serendah 7kk sejam.
Bantuan parkir aktif memberikan parkir secara automatik yang selari dan ruang parkir end-on boleh didapati pada kedua rangkaian sementara Adaptive Highbeam Assist boleh didapati pada model GLA 250.
Data model GLA-Class baru:
Model | GLA 200 (CBU) | GLA 250 4MATIC (CBU) |
Bilangan cylinder/arrangement | 4 in-line | 4 in-line |
Displacement (cc) | 1595 | 1991 |
Kuasa (kW/hp at rpm) | 115/156 at 5300 | 155/211 at 5500 |
Torque (Nm at rpm) | 250 at 1250-4000 | 350 at 1200-4000 |
Kegunaan Bahan Api (l/100 km) | 5.9 | 6.5 |
Emisi CO2 (g/km) | 137 | 151 |
Pecutan 0-100 km/h (s) | 8.9 | 7.1 |
Kelajuaan (km/h) | 215 | 230 |
Harga (Tanpa Insurans) | RM 238,888 | RM 268,888 |
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mercedes-benz.com.my
No Comment