Model Honda Jazz 2014 Dinamakan Sebagai Finalis Green Car Tahun 2015
Model Honda Fit 2015 (juga dikenali sebagai Jazz di Asia) telah dinamakan sebagai finalis untuk Green Car tahun 2015 oleh Jurnal Green Car. Anugerah ini mengiktiraf prestasi alam sekitar model Jazz yang direka semula sepenuhnya, yang telah menerima rating class-leading penjimatan bahan api EPA 33/41/36 (Bandar/lebuhraya/kombinasi yang memanfaatkan Teknologi Earth Dreams iaitu injeksi enjin secara langsung 1.5-liter dan Transmisi Kebolehubahan Berterusan (CVT). Penyunting jurnal Green Car memilih kereta Jazz sebagai finalis berdasarkan keseimbangan penggunaan bahan api yang efisyen, rekabentuk baru badan kereta yang lebih luas dan konfigurasi tempat duduk yang lebih fleksibel.
“Dengan kapisiti kargo yang hampir menyamai SUV bersaiz sederhana, model Jazz yang sub-kompak adalah kenderaan sempurna untuk menggantikan kenderaan yang lebih besar dan kurang efisyen dalam pengunaan bahan api,” kata Art St. Cyr, Naib Presiden Operasi Auto di American Honda Motor Co. Inc. “ Model Jazz juga memenuhi janji jenama Honda untuk memberikan pemanduan yang seronok dan penggunaan bahan api yang sangat efisyen.”
Selaras dengan komitmen Honda untuk memberikan pelanggannya kecekapan bahan api dan keseronokan pemanduan pada tahap tinggi, model Jazz 2015 dikuasakan oleh enjin 1.5 liter berteknologi Earth Dreams dan dengan Transmisi kebolehubahan Berterusan (CVT). Kombinasi penjimatan berat, pengurangan geseran, teknologi aplikasi dan teknik pintar yang menghasilkan pembaharuan efisyen yang penting sementara memberikan juga peningkatan 11 persen untuk kuasa kuda kepada 130, dan peningkatan 7.5 persen untuk tork kepada 114 Ib-ft berbanding dengan enjin model Fit yang sebelumnya. Pendekatan yang sama dalam mencipta transmisi yang membantu berikan pecutan pantas dan pergeseran halus, seterusnya membanti Jazz untuk mendapat rating class-leading EPA penjimatan bahan api.
No Comment