Berita Auto

Pembeli Cina Meminati Kereta Tanpa Pemandu.

Pembeli Cina mampu mempertahankan kebijaksanaan konvensional industri automotif tentang pemanduan automatic dalam masa terdekat ini.  Menurut Rolf Kremer, CEO- Pengurusan di China untuk pembekal German Continental, mendapati pembeli Cina lebih menerima teknologi baru daripada pembeli di US.

Kremer berkata, dia percaya pemanduan automatik atau autonomi, di mana kereta akan dipandu dengan kawalan pandu auto, kini menjadi kemungkinan.  Continental menjangkakan pemanduan automatik boleh disiapkan pad 2020 dan pemanduan automatik sepenuhnya boleh disiapkan pada 2025.

autonomous-driverless-car4

Pandangan semasa yang menjangkakan sistem automatik akan digunakan dahulu di Eropah dan Amerika Utara kini dicabar kerana minat di China, sepertimana yang telah diperkatakan oleh Frank O’Brien, Executive Vice President, Magna International iaitu kehidupan digital.  Dianggarkan lebih ramai pengguna internet di China berbanding dari mana mana Negara di dunia.  Katanya lagi, mereka adalah trend mega yang akan membentuk kehidupan di Negara itu. Magna mendapati minat pembeli Cina pada kereta melangkaui hiburan dan tambahan kepada teknologi yang dapat membantu mengukuhkan keselamatan mereka ketika berada dalam kereta. Kemalangan jalanraya meragut 100,000 nyawa setahun di China.  Kerajaan Nasional China  dan unit kerajaan tempatan, yang memainkan peranan utama dalam pembangunan besar besaran industri automotif Negara, juga berminat menggunakan internet bagi menjadikan jalanraya di Negara itu lebih selamat dan menjimatkan tenaga.  Tetapi China juga memerlukan kenderaan yang dilengkapi dengan kawalan elektronik yang stabil, dan ini adalah satu elemen Kereta berhubung, yang mewakili penumpuan terhadap industri automobil dan Silicon Valley, menggunakan internet bukan hanya sebagai batu loncatan kea rah kenderaan autonomi tetapi juga sebagai khidmat penghantaran kepada pelanggan dan memperbaharui penjimatan bahan api dengan sentiasa memantau prestasi enjin.  Kedua dua aplikasi menarik minat Magna, yang telah melabur di pusat permulaan di California.

autonomous-driverless-car1

Patrick Gardiner, Presiden Global Automatif untuk Nielsen USA, berkata, penyelidikan dari syarikat beliau menunjukkan pelanggan di China lebih bersikap terbuka tentang penggunaan kereta automatik berbanding dari mereka di German dan US, di mana sebahagian kecil pemandu menunjukkan minat dalam kenderaan autonomi yang mampu mengendalikan perjalanan ulang alik, perjalanan singkat dan juga perjalanan jauh.

Pembeli Cina bukan saja berminat dalam teknologi yang mereka percaya akan memudahkan pemanduan, tetapi juga sanggup membayar lebih untuk khidmat kereta berhubung berbanding denga mereka di Amerika.  Hanya 10% rakyat Amerika yang setuju untuk membayar kidmat tersebut tetapi 42% rakyat China sanggup membayar antara $90 dan $250 untuk khidmat itu, menurut kajian Nielsen.

autonomous-driverless-car3

 

Previous post

Audi Merancang Lawan Tesla Secepat Mungkin

Next post

Sisma Auto Adakan Jualan Penghabisan Tahunan Kereta Demo. Satu Hari Lagi.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *