Berita Auto

Pengeluaran Lotus Exige S Mencapai 1,000 Unit.

Lotus telah mencipta dan sedia untuk penghantaran sebanyak 1,000 Lotus Exige S.  Model berwajah baru ini diperkenalkan dengan enjin baru V6 3.5 liter, mampu memberikan 350 kuasa kuda dan 400 Nm. Model Exige ini telah menarik hati pelanggan di Jepun di mana kereta itu telah menerima sebahagian besar tempahannya diikuti oleh United Kingdom, Switzerland, Australia, Hong Kong dan Belgium.

Lotus-Exige-S

Kereta keseribu tidak akan dijual kerana ia adalah untuk ujian Lotus dan tim pembinaan di mana ianya akan digunakan untuk model terakhir dengan automatic kotak gear, tambahan pilihan yang akan terdapat pada model coupe atau varian roadster.

Lotus-Exige-S3

Pejabat Lotus teruja tentang penjualan bagi bulan Oktober “Kami baru sahaja merekodkan penjualan paling tinggi bagi bulan Oktober yang menunjukkan permintaan untuk kereta Lotus, tetapi kami juga mengakui permintaan global yang kukuh dalam pasaran baru.  Terdapat potensi yang besar untuk pertumbuhan di Timur Tengah, China dan negara-negara ASEAN, yang mana pilihan automatik untuk Exige dijangka merangsang permintaan pelanggan lebih lanjut.”

Lotus-Exige-S1

Previous post

VW Beetle 1.2L TSI Mencipta Keselesaan Kabin

Next post

Tawaran Hebat Tahunan Toyota Bermula Sekarang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *