Pengembaraan Isuzu V-Cross – Pengalaman Hebat 4×4
ISUZU V-Cross Adventure – Realiti program 4×4 pertama di Malaysia baru saja tamat produksi an orang ramai akan dapat menonton webisodes program ini melalui youtube bermula pada 4 November 2014. Program realiti 4×4 ini menyaksikan 6 kumpulan berpasangan menjalani cabaran yang mendebarkan dan menyeronokkan di beberapa lokasi sekitar Ulu Slim dan Teratak Riverview, Perak dengan memandu pickup trak model baru ISUZU D-MAX V-Cross 3.0 (pemenang anugerah Asian’s Auto Best Value For Money Pickup Truck), dan menikmati ketahanan, pengunaan bahan api yang efisyen dan aspek keselamatan pada kenderaan itu. Tiga peserta akhir yang bertuah juga akan berpeluang untuk menubuhkan tim bersama Ben dan Hafi dari FlyFM dan aktres tempatan, Diana Danielle.
ISUZU merupakan jenama auto pertama yang mengaturkan siri program realiti di Malaysia – bersempena dengan pelancaran varian Safari ISUZU D-MAX V-Cross dan ISUZU D-MAX V-Cross 3.0 baru baru ini. Program ISUZU V-Cross Adventure telah menerima sambutan diluar jangkaan oleh peserta seluruh Negara melalui ujibakat video yang dimuat turun ke laman web dan roadshow, sementara pengambilan peserta inisiatif dari FlyFM.
“Cabaran The ISUZU V-Cross Adventure menyaksikan peserta beradu tekad dan kepercayaan mereka di antara satu sama lain terhadap keazaman pesaing mereka. Pasangan –samada peserta selebriti atau orang ramai, juga menunjukkan kerelaan peserta untuk meletakkan sepenuh kepercayaan antara satu sama lain walaupun baru pertama kali bertemu dalam pertandingan itu. Ia sangat sukar dan mencabar pasukan, tetapi di sinilah mereka menggabungkan kemahiran dalam pemerhatian, perancangan dan muslihat dengan meletakkan kepercayaan terhadap rakan sepasukan mereka, sambil meletakkan keyakinan terhadap kemampuan kenderaan mereka melalui cabaran yang diberi. Pengunaan ISUZU D-MAX untuk cabaran ini menepati dengan gaya dan tahap baru keselamatan dan ketahanan dan penjimatan bahan api ISUZU. Ini memberikan satu penjelajahan berdepan dengan lereng cerun, curam dan lorong yang mencabar di sekitar kawasan hutan Teratak menjadikan ekspedisi 4×4 ini sangat mendebarkan,” menurut Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida.
Penjelajahan Muktamad
Para peserta akhir berlepas dari Bandar untuk memulakan cabaran pada 10 Oktober dan tamat pada 13 Oktober 2014 – menguji kecekalan fizikal dan mental dalam cabaran ISUZU V-Cross. Dalam siri ini, peserta diberi peluang untuk belajar asas komunikasi antara pemandu dan jurupandu – untuk mengemudi dengan selamat dalam situasi di luar jalan. Mereka juga menggunakan fungsi pemanduan pacuan empat roda untuk menakluk cabaran dari alam semulajadi seperti menyeberangi sungai, kawasan berlumpur, cerun licin dan lain-lain. Akhirnya, mereka mampu menggunakan sepenuhnya skil baru yang mereka pelajari untuk ujian dalam cabaran “time attack’ yang memerlukan kecekapan teknikal dan kelajuan.
Pemenang bagi ISUZU V-Cross Adventure akan didedahkan pada episode terakhir dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000. ISUZU V-Cross Adventure adalah dengan kerjasama Arnold Palmer, Van Heusen dan Beverly Hills Polo Club sementara Motor Trader adalah majalah automotif resmi siri itu. Para peserta juga mendapat minuman bertenaga Red Bull di sepanjang cabaran. Cabaran ini juga disokong oleh Fly FM.
Webisodes ini akan disiarkan dalam saluran youtube resmi ISUZU (http://www.youtube.com/user/IsuzuDmaxMalaysia) – membolehkan semua mengikuti cabaran itu. Enam episode pertama akan berada di online bermula 4 November. Episod baru akan berada di online pada setiap hari Selasa dan Khamis selama 3 minggu berturut turut. Sebuah program khas 1jam akan disiarkan melalui Bloomberg Televison di saluran Astro 519, selepas episod akhir ditayangkan.
The Finalists
Senarai Peserta Akhir
- Team Ben
- Ben of FlyFM
- Shannon Hong
- Fun Hunters
- Syukri Kariem
- Luqman Hakiem
- Team Hafiz
- Hafiz of Fly FM
- Ivan See
- Turbos
- Thiruvaluver A/L Appudurai
- Vanaja Subramaniam
- Victorious Secret
- Diana Danielle
- Ezdiyannie Zakaria
- Blue Hedgehogs
- Donovan Ng
- Balvinderjit Singh
No Comment