Sah dan diluluskan! Audi Q8! Nak lawan BMW X6.
“S8 telah tiba,” kata Ketua TeknikalAudi, Ulrich Hackenberg di LA Motor Show yang sedang berlangsung. “Ia akan menjadi sesuatu yang baru, mengikut rekaan ciptaan konsep Prolog. Ia akan dijadikan sebagai sesuatu yang lebih emosi dan tampak lebih sporti berbanding model Q7. Kereta Q7 boleh memuatkan 7 orang , manakala Q8 lebih kepada penampilan coupe.”
Menurut beliau lagi, Q7 baru, yang akan ditampilkan pada bulan Januari akan menjadi salah satu model Audi terakhir dengan rekaan terkini. Model seterusnya akan tampak seperti Prologue, ilham ketua pereka baru, Marc Lichte.
Q8 akan menjadi saingan kepada model BMW X6 baru dan Mercedes-Benz GLE Coupe, yang berdasarkan kepada ML.
Kenyataan Mister Hackenberg turut disertakan dengan jadual yang jelas. Pembinaan Q8 telah pun dimulakan dan akan siap dalam jangkamasa 3 tahun. Ia digambarkan sebagai produk yang menarik kepada pembeli di China, Amerika Syarikat dan Timur Tengah. Ikuti maklumat selanjutnya akan datang.
No Comment