Berita Auto

Steering Hybrid Porsche 919 Di Perjelaskan

Menentukan hala tuju adalah tugas yang paling remeh bagi pemasangan stereng dalam Porsche 919 Hybrid. Pemandu prototaip Kelas 1 Le Mans  dalam Kejohanan Endurance Dunia FIA memiliki komputer di tangan mereka. Mereka mengendalikan 24 butang dan suis di depannya dan juga 6 pedal bagi mengawal kereta lumba paling kompleks yang dibina oleh Porsche kini.

Porsche-919-Hybrid-Steering-Wheel1

Walaupun ia dipanggil stereng tetapi ia berbentuk segi empat tepat yang rata dan bukan bulat.  Bentuk itu dicipta dengan mengambil kira ruang yang diperlukan semasa pemandu membuat pertukaran.  Pemandu yang bersaiz tinggi seperti Mark Webber atau Brendon Hartley, akan menghadapi kesulitan untuk menampung kaki panjang mereka dengan cepat. Terdapat konsol paparan besar di bahagian tengah yang mempamerkan informasi yang banyak kepada pemandu.  Ini termasuk informasi tentang kelajuan, gear mana yang digunakan, maklumat pengurusan motor dan status pencasan bateri ion lithium i.e. berapa banyak tenaga elektrik yang tersedia untuk  memandu gandar depan.  Motor elektrik pada gandar depan menambah pengecasan turbo 2 liter, motor pembakaran 4 silider, yang memacu roda belakang.  Butang kawalan di sisi atas digunakan untuk memilih informasi yang dipaparkan, sementara pemandu menggunakan butang kawalan pada grip hendal sebelah kanan untuk menurunkan kecerahan pada skrin paparan di waktu malam.  Butang kawalan yang sama pada hendal grip sebelah kiri adalah untuk volum radio, dan kawalan empat rotary-type pada sisi kanan atas untuk pengelap cermin depan.

Posisi butang dan suis pada stereng dipasang dengan teliti untuk memudahkan pemandu semasa operasi pada kadar perlumbaan.  Butang yang kerap digunakan dipasang pada sebelah tepi atas supaya senang dicapai dengan ibujari.  Butang biru pada sebelah kanan atas yang kerap digunakan adalah untuk pancaran lampu depan, digunakan oleh prototaip pantas sebagai amaran kepada kenderaan perlahan dalam padang WEC sebelum pusingan.  Bulan ditekan sekali, lampu depan akan memancar tiga kali.  Pada waktu siang, pemandu letakkan ibujarinya pada butang itu setiap masa kerana signal lampu depan lebih sukar dilihat pada waktu itu.

Porsche-919-Hybrid-Steering-Wheel3

Butang merah pada sebelah atas kiri juga kerap digunakan.  Ia digunakan untuk mengetahui tenaga elektrik pada bateri yang dipanggil ‘boost’ (penggalak).  Pemandu boleh menggunakannnya tetapi perlu pandai untuk menjimatkan tenaga.  Kadar tenaga bagi satu pusingan telah ditetapkan.  Kayu pengukur adalah satu pusingan di Le Mans, di mana enam megajoule telah tersedia.  Jumlah tersebut ditukar mengikut litar pendek. Jumlah tenaga yang digunakan pemandu pada setengah pusingan untuk meloloskan dari trafik tidak boleh didapati pada hujung jalan lurus

Sedikit ke dalam di sebelah kanan dan kiri adalah suis campur dan tolak  untuk menyesuaikan kawalan cengkaman depan dan belakang dan untuk mengedarkan keseimbangan antara brek depan dan gandar belakang. Suis ini (kuning, biru dan merah jambu) tidak kerap digunakan.

Butang oren dibahagian lebih bawah mengendalikan sistem minum (di sebelah kiri) dan meletakkan di neutral (di sebelah kanan). Butang merah di bahagian bawah kiri adalah untuk pembersih cermin depan dan yang merah di sebelah kanan menghidupkan kawalan cruise untuk menghadkankelajuan pada tempat berhenti litar.

Pada bahagian tengah atas, ada butang hijau untuk komunikasi radio (pada sebelah kiri) dan juga butang OK pada sebelah kanan.  Pemandu menggunakan butang OK untuk mengesahkan yang mereka telah mengubah setting yang telah diminta dari mereka melalui pit radio.  Untuk setting ini, mereka menggunakan suis putaran dan selalunya hanya untuk jalan lurus kerana mereka perlu melepaskan pegangan sebelah tangan pada stereng untuk melakukan tugas ini.

Porsche-919-Hybrid-Steering-Wheel5

Suis dua putaran yang dipanggil ‘Multi’ berhubung antara satu sama lain.  Suis kiri untuk setting ABC dan kanan adalah untuk nombor.  Program untuk pengurusan enjin dan bahab api telah direka dengan menggabungkan seperti A2 atau B3.  Terdapat tiga lagi suis putaran untuk pra-pilihan keseimbangan brek, menetapkan kawalan cengkaman untuk keadaan basah atau kering dan strategi hybrid.

Supaya mudah mengenal suis dalam keadaan gelap, warna adalah fluoresen dan bertindak balas dengan cahaya lampu hitam yang terletak di atas helmet pemandu.

Sterengnya diperbuat dari karbon, hendal pemegang disaluti getah tahan-licin.  Terimakasih kepada sistem kuasa stereng, pemandu boleh mengawal kereta tanpa kesukaran, walaupun dengan pemegang yang agak sempit. Bila mencapai melalui pembuka, jari mereka akan menyentuh 6 pedal untuk bahagian undur pada stereng.  Pedal di tengah digunakan untuk menukar gear – menarik pedal kanan adalah untuk menganjak ke atas dan menarik pedal kiri untuk menganjak ke bawah.  Pedal yang paling bawah mengendalikan cekam dan fungsinya sama untuk kedua-dua belah. Bergantung kepada samada pemandu baru sahaja memasuki selekoh kanan atau kiri, dia boleh membuat keputusan belah mana yang mudah dikendalikan.  Pedal sebelah atas kiri mengendalikan boost; samada pemandu menggunakan pedal atau butang adalah mengikut pilihan masing-masing.  Pemandu menggunakan pedal pada sebelah atas kiri untuk memulakan manual pemulihan tenaga.  Ini terasa seperti brek tangan tidak bercantum sepenuhnya dan membekalkan simpanan bateri dengan tenaga elektrik yang diperoleh daripada tenaga kinetik.

Porsche-919-Hybrid-Steering-Wheel6

Previous post

Ford Usha Everest SUV Baru

Next post

Volvo V60 Cross Country Didedahkan Di USA

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *