Berita Auto

Tawaran Hebat Tahunan Toyota Bermula Sekarang

UMW Toyota Motor akan menamatkan tahun ini dengan kempen penjualan “Tawaran Hebat Tahun Ini’ dengan promosi menarik.  Sepanjang kempen jualan, pelanggan yang membeli kereta Toyota akan menerima rebet tunai hingga RM3,000 selain dari promosi semasa untuk model terpilih. Dengan tawaran menarik ini, pelanggan boleh mengharapkan penjimatan hebat untuk model yang paling popular termasuk Toyota Vios, Camry, Altis, Hilux dan beberapa model tertentu yang lain.

Promosi hanya sah untuk kenderaan yang telah didaftarkan pada 31 Disember 2014 sementara stok masih ada! Tertakluk pada syarat dan kondisi.

Bersempena dengan kempen “Tawaran Hebat Tahun ini”, UMW Toyota Motor juga akan mengadakan Toyota Nationwide Roadshows di 40 buah gedung dan lokasi luar dari 4 hingga 23 November 2014.  Semua dijemput memeriahkan acara tersebut.

Cepat! Jangan lepaskan peluang melihat semua rangkaian model Toyota disamping mendapat penjimatan hebat apabila anda membeili kereta Toyota hari ini.

Toyota-pic1-620x350

Previous post

Pengeluaran Lotus Exige S Mencapai 1,000 Unit.

Next post

Cabaran Subaru 2014 - The Asian Faceoff

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *