Berita Auto

Toyota Mirai Dilancarkan Dengan Rangkaian Sistem Sel-Bahan Api 500km (TFCS)

Toyota telah melancarkan sedan terbaru sel-bahan api hydrogen yang memberikan prestasi berkesan dan juga menawarkan keseronokan dan keselesaan pemanduan sebuah kereta konvensional (dengan harga dari USD57,000,  sukar untuk diterima stailnya yang unggul jika dibandingkan dengan harganya).  Toyota baru ini dikenali sebagai Mirai, dalam Bahasa Jepun bermaksud ‘masa depan’, mencapai kuasa maksimum lebih dari 100kW dari kedua-dua sel-bahan api dan motor elektrik.  Sedan empat pintu, Mirai, mempunyai daya jelajah kereta sedan konvensional.  Mampu mengisi semula bahan bakar dalam tempoh kurang dari lima minit dan hanya mengeluarkan wap air apabila didorong.

Toyota-Mirai-FCV-1

Sistem sel-bahan api Toyota (TFCS), yang membolehkan Mirai menghasilkan elektriknya sendiri, menggabungkan teknologi bertaraf dunia pertama dan beberapa sistem peneraju dunia lain, termasuk ketumpatan tenaga dan ketumpatan penyimpanan hidrogen.  Sistem ini menggunakan teknologi hibrid  yang sama seperti yang dibina oleh sistem pemanduan Toyota hibrid sinergi, menggantikan enjin petrol dengan susunan sel –bahan api.

Hidrogen disimpan dibawah tekanan dalam 2 tangki pada 700 MegaPascals (7oobar atau 10,000psi) dimasukkan ke dalam susunan sel-bahan api dimana ianya akan digabungkan dengan oksigen untuk mencipta tindakbalas kimia yang menghasilkan elektrik untuk menghidupkan kenderaan.  Sistem ini lebih penjimatan tenaga dari enji pembakaran dalaman dan mengeluarkan no CO2 atau bahan pencemaran semasa memandu.

Pemandu juga boleh mengharapkan tahap kemudahan yang sama yang ditawarkan oleh kenderaan enjin petrol, dengan daya jelajah hampir 500 km dan masa pengisian bahan bakar hidrogen lebih kurang tiga minit.Pembangunan teknik yang luas telah menghasilkan penyelesaian pintar yang membolehkan Toyota untuk menghapus atau mengurangkan saiz dan bilangan sistem komponen – menjimatkan ruang dan kos sambil meningkatkan atau mengekalkan prestasi.

Toyota-Mirai-FCV-2

Presiden global Toyota Akio Toyoda berkata pelancaran Mirai merupakan titik perubahan dalam industri automotif – satu zaman baru di mana hidrogen digunakan sebagai bahan api untuk menjana tenaga elektrik.

‘Masa depan telah tiba – dan ia dipanggil Mirai,’ kata Toyoda.

‘Kami membayangkan dunia yang dipenuhi dengan kenderaan yang akan mengurangkan kebergantungan kepada minyak dan mengurangkan kemudaratan kepada alam sekitar. Ia adalah misi yang berani, tetapi memberi inspirasi dan hari ini adalah kenyataannya.

‘Bahan bakar sel kenderaan kami dikuasakan oleh hidrogen yang boleh dibuat dari hampir apa-apa, bahkan sampah! Ia mempunyai sel bahan bakar yang mencipta elektrik secukupnya yang mampu menerangi sebuah rumah untuk lebih kurang seminggu.

‘Ini adalah kereta yang membolehkan anda mempunyai segala-galanya tanpa kompromi.’ Model Mirai akan mula dijual di Jepun bulan depan dan akan dilancarkan di Eropah dan Amerika Syarikat pada tahun depan.

Toyota-Mirai-FCV-3

Previous post

Mitsubishi Persembahkan Triton Pickup Baharu

Next post

Suzuki S-Cross Dilancarkan Pada Harga RM129,888

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *