Ulasan Pemanduan Volkswagen Beetle 1.2 TSI
Gaya rekaan terbaru bercirikan keunggulan karektor Beetle seperti lampu depan yang bulat dengan lampu siang LED dan sayap kembang. Ciri baru untuk model 1.2 TSI adalah spoiler belakang yang diterapkan dalam rekaan ini; mempunyai kelajuan tinggi hingga 180 km sejam. Permukaan atas pada spoiler belakang berwarna hitam manakala sisi bawah dicat dengan warna badan kereta.
Kokpit kereta ini memberikan impresi visual di mana semuanya mudah dicapai dan dilihat. Penggunaan bentuk dan warna panel facia depan pada dashboard mengingatkan kembali kepada rekaan Beetle VW pertama, namun kereta baru ini tidak menujukkan penampilan retro. Tetapi semuanya telah direka semula. Tiga instrumen bulat yang disusun depan tempat duduk pemandu (tachometer, Speedometer, fuel gauge) memberikan semua informasi utama; digabungkan dalam speedometer (posisi tengah) adalah paparan pelbagai fungsi. Semuanya mudah dicapai dan dilihat.
Kotak glove yang sama seperti Beetle asal mempunyai gabungan tambahan pada facia depan di mana penutupnya dilipat ke atas dan agak tipis dan Secara mekanikal, susun atur Beetle kekal sama pada pemanduan bahagian depan roda, format enjin depan. Kedudukan platform telh dinaik taraf kepada PQ35, bermakna ia berkongsi asas dengan kereta seperti Golf Mk.6 dan Jetta. Unit unji pandu adalah 105 PS turbocharge 1.2 liter powerplant yang boleh didapati dalam Polo TSI, yang dirasakan mencukupi untuk kereta bersaiz kecil. Kelajuan perjalanan mudah dikekalkan, terima kasih kepada kotak gear 7-speed DSG dan stereng yang dipasang pada dandang ubah memudahkan kawalan gear.
Beetle baru ini berjaya menggunakan platform sebaiknya, mengekalkan pemanduan yang stabil di sepanjang uji pandu. Samada pemanduan di lebuhraya maupun jalan sempit di Pulau Pinang, ianya telah menunjukkan kecekapan dalam situasi paling mencabar dan kehebatan enjinnya yang mengejutkan. Walaupun pemanduan dinamiknya tidak begitu tinggi mengikut senarai bagi kereta sebegitu, ianya tetap menyakinkan bila melihat kereta Beetle ini mampu melalui pelbagai cabaran, walaupun dalam spesifikasi ‘rekaan’ varian1.2 TSI.
Dengan harga bermula dari RM131,888, agak berbaloi bagi pembelinya. Lupakan sejarah yang ada pada Beetle moden, dan apa jua andaian yang bersangut paut dengan kereta klasik itu. Jika anda telah menilai kereta Beetle baharu ini sendiri, tanpa sebarang jangkaan, ia pasti menarik perhatian anda.
Volkswagen Beetle 1.2TSI Specifkasi
ENJIN 1.2L, 4-Silinder, Direct Injection Turbo
DISPLACEMENT 1197cc
TRANSMISI 7-Speed DSG
KUASA MAKSIMUM 105bhp @ 5000rpm
TORK MAKSIMUM 175Nm @ 1550-4100rpm
KELAJUAN TERTINGGI 180km/h
0-100KM/H 10.9secs
HARGA Rekaan 1.2 TSI adalah RM131,888 dan RM142,888 untuk 1.2 TSI Sport
No Comment