Volkswagen Beetle Design Terbaru
Mencipta ‘beetle’ yang boleh dikenalpasti sebagai Volkswagen dan dalam masa yang sama mengekalkan daya tarikan yang unik bukanlah satu kerja yang mudah. Model Beetle adalah satu-satunya model yang tidak mengikut syarat gaya dan komponen yang ketat untuk Volkswagen. Rekaan lampu depan dan belakang tidak terdapat pada model yang lain.
Cabaran untuk mencipta rekaan terbaru Volkswagen Beetle adalah satu inspirasi yang hebat. Para pereka tahu bahawa mereka mahu membina profil Beetle yang asal lebih dari Beetle 1998. Mereka juga pastikan keseimbangan dinamik menjadi keutamaan mereka. Aspek yang menarik adalah ramai antara ahli kumpulan yang memiliki kereta air-cooled Beetle. Ianya juga telah menjadi satu kultus pada pereka muda di Volkswagen. Dan hasilnya tercipta rekaan akhir Beetle 2011 di Wolfsburg- kereta masa kini dan juga rekaan yang ditujukan khas kepada penggiat automotif dari semua kumpulan syarikat. Sekiranya seorang itu mengambil Beetle pertama dan Beetle baru dan meletakkannya di dalam satu bilik – cahaya hanya menyuluh pada bumbung kereta dan melihatnya dari tepi, mereka akan dapat melihat garisan dibahagian belakang hampir serupa.
Reka bentuk potongan VW Beetle baru ini memasuki wilayah baru dengan rangkaian yang dipinjam dari Porsche Cayman. Ia seperti kereta Cayman yang diratakan dibahagian belakang sebagai tambahan ruang dalam kabin untuk penumpang tambahan. Beetle baru ini seluas 1,808mm (84mm lebar), 1,486mm tinggi (12mm rendah) dan 4,278 mm panjang (152mm lebih panjang). Ini telah memberikan hasil keseluruhan keseimbangan yang baru. Saiznya yang dipanjangkan membolehkan bumbung dilanjutkan, cermin depan dianjakkan ke belakang dan bahagian belakang mengikut potongan Beetle asal. Semua ini memberikan VW Beetle satu penampilan yang kukuh dengan dapra yang kukuh dengan roda aloi yang lebih besar dan kemas.
Model Beetle ini datang dengan lampu depan Bi-Xenon dengan LED daytime running lights (1.21 TSI Sport saja); pelarasan elektronik, cermin luar yang boleh dilipat; lampu kabus depan dengan lampu statik sisi dan 16 inci roda aloi ‘whirl’ dengan tayar 215/60 R16
Model ini boleh didapati dalam 5 pilihan warna: Putih candy, Merah Tornado, Kuning Saturn, Coklat Tofee dan Hitam. Kini dibuka untuk tempahan di pusat pengeluar Volkswagen di Semenanjung Malaysia bermula dari 15 August. Rekaan model Beetle 1.21 TSI berharga RM131,888 dan RM142,888 untuk model 1.21 TSI Sport.
Untuk maklumat lanjut tentang Beetle, sila lawati www.volkswagen.com.my
No Comment